Share |

Saturday, 24 April 2010

Pilihan Hulu Selangor: Integriti atau Kelemahan?

Apa sebenarnya yang akan dipilih oleh pengundi Hulu Selangor Ahad ini?
Soalnya bukan Melayu lawan India, PKR lawan MIC, bahkan mungkin tidak pun Pakatan lawan Barisan.
Pertandingan ini — di Hulu Selangor dan untuk seluruh negara — adalah antara integriti dan kelemahan.
Slogan BN Selangor dilihat merata Hulu Selangor — “BN Mampu Berubah”. Ini petanda baik bahawa BN cukup sedar bahawa penyelewengan yang berleluasa di kalangan pimpinan tertinggi BN telah menjadi budaya yang menjangkiti seluruh sistem.
Di antara dua calon yang sedia ada, kita harus tanya sesama sendiri — siapakah yang lebih layak, lebih dipercayai, dan lebih terbukti boleh membantu mengembalikan integriti kepada Malaysia?
Siapa yang bakal memperjuangkan kebenaran, menentang rasuah habis-habisan dan menjunjung amanah rakyat dalam rumah tertinggi demokrasi negara kita?
Salah satu calon kurang mempunyai rekod bersuara untuk hak-hak rakyat marhaen dan tidak nampak beberapa berani menegakkan keadilan sejati dalam mana-mana persada. Yang dilihat adalah hanya kemahiran mencium tangan dan menjanjikan Hulu Selangor sebagai hadiah kepada Perdana Menteri — seumpanya Presiden Umno, dan bukan rakyat jelata, adalah bos beliau yang sebenar.
Ada pihak-pihak yang mungkin senang dengan kecenderungan calon MIC untuk tunduk sebegitu kepada pemimpin-pemimpin Umno, tetapi sebenarnya, tabiat-tabiat sebegini tidak wajar diamali oleh mana-mana calon wakil rakyat.
Seorang yang terlalu sedia merendahkan diri kepada pemegang-pemegang jawatan sukar dipercayai untuk mendahulukan kepentingan rakyat sebelum cita-cita peribadi atau kehendak bosnya.
Rakyat semua kaum sepatutnya diwakili oleh seorang yang jelas mempunyai satu tuan sebenar sahaja — rakyat sendiri. Wakil rakyat harus tunduk terlebih dahulu kepada kepentingan dan kebajikan rakyat serta prinsip-prinsip keadilan untuk semua sebelum fikirkan keuntungan, jawatan, atau kepentingan sendiri.
Begitulah kepimpinan yang diamalkan oleh Zaid Ibrahim. Ketika memegang jawatan Menteri pun, beliau tidak teragak-agak untuk menyuarakan kebenaran dan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas atau dibelakangkan, walaupun pendirian beliau tidak disenangi pemimpin-pemimpin Umno yang lain.
Apabila kerajaan tetap meneruskan dasar-dasar yang tidak adil dan menzalimi rakyat, Zaid terus meletakkan semua jawatan kerajaannya, dan membuktikan bahawa untuk beliau, rakyat dan prinsip adalah lebih penting dari kepentingan dirinya. Kepatuhan tegas beliau kepada soal prinsip serta pendiriannya yang menentang korupsi tanpa kompromi mengakibatkan beliau akhirnya dipecat oleh Umno.
Insan sebeginilah yang boleh dipercayai untuk meneruskan perjuangan demi membersihkan Malaysia dari gejala rasuah, dan membebaskan institusi-institusi negara dari penyelewengan yang telah melesapkan kekayaan rakyat serta menjejaskan perpaduan sosial.
Dalam 2008, sebahagian pengundi Hulu Selangor yang cukup besar telah mengundi BN di peringkat DUN dan PKR di peringkat Parlimen. Sekarang, ketiga-tiga kerusi DUN di Hulu Selangor dikuasai BN.
Para pengundi Hulu Selangor dijangka akan sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan mereka dan membuat pilihan yang menjamin mereka diwakili dengan baik di peringkat kerajaan negeri mahupun perseketuan, serta mengalakkan wakil-wakil rakyat mereka bertanding antara satu sama lain untuk membuktikan parti manakah yang lebih ikhlas dan berjiwa rakyat.
Seluruh Malaysia kini memandang ke Hulu Selangor, dan mengharapkan ianya akan menjadi satu titik permulaan gerakan untuk selamatkan Malaysia, di mana pemimpin yang lemah dan pentingkan diri ditolak, dan pejuang rakyat sejati diangkat.

No comments: