Share |

Thursday, 22 April 2010

H.Selangor:Usah Diulang Derita Dahulu

DOA DAN RINTIHAN KESUSAHAN RAKYAT ADALAH PALING BERKAT DISISI ALLAH SWT

Oleh: Seri Alam DiRaja

Hulu Selangor menampakkan perubahan di waktu kawasan ini diwakili oleh Almarhum Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah kembali ke Rahmatullah bulan lalu. Sayugia daripada itulah, adalah wajar saya menulis disini untuk memberi penerangan yang sebenar-benarnya apa yang berlaku di Hulu Selangor seketika dahulu.

Di waktu Palanivel menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional mewakili penduduk di Batang Kali terlalu banyak kepincangan dan juga masalah rakyat diketepikan begitu sahaja oleh G.Palanivel. Segala urusan dan pemasalahan rakyat diselesaikan oleh pegawai khas beliau yang tidak pernah rahmah bila berjumpa dengan warga miskin, orang kurang upaya, orang asli dan juga ibu-ibu tunggal. Hampir keseluruhan Projek Perumahan Rakyat diletakkan di kawasan terpencil yang jarang-jarang dihuni oleh manusia. Malah berdekatan dengan kawasan yang mudah dinaikki air dan juga kawasan yang berhampiran bukit yang mudah runtuh. Begitu juga dengan projek-projek perumahan awam banyak terbengkalai dan aduan rakyat tidak dilayan oleh Pejabat Wakil Rakyat BN pada waktu G.Palanivel menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit. Adakah pengundi-pengundi Hulu Selangor ingin mengulangi keadaan ini?

Pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor perlu ingat bahawa Barisan Nasional telah melepaskan hampir 70% hingga 80% tanah-tanah di kawasan negeri Johor untuk dimiliki serta dimajukan oleh syarikat-syarikat dari Singapura. Tidak cukup dengan itu, warga Singapura telah mampu menjangkau ke Pulau Pinang untuk menguasai perniagaan dan juga hartanah yang ditawarkan oleh Barisan Nasional kepada mereka. Adakah pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor ingin mengadaikan maruah kepada Barisan Nasional yang sememangnya menanti untuk merentap tanah-tanah di kawasan Hulu Selangor bagi tujuan memenuhkan kocek-kocek barua-barua serta kroni-kroni Barisan Nasional? Barua-barua Barisan Nasional masih lepas kerakusan warga Singapura kerana lebih pentingkan duit kocek sendiri daripada memikirkan nasib dan keselamatan bangsa dan negara Malaysia.

Barisan Nasional sebenarnya menggadaikan maruah bangsa Malaysia.Pengundi-pengundi Hulu Selangor harus ingat kita masih berada dalam kemelesatan ekonomi. Satu pembohongan yang amat besar dilakukan oleh Najib menerusi media arus perdana, Najib mengatakan kita telah pulih daripada kesan kemelut ekonomi. Perbendaharaan negara masih belum pulih dan Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk keluar dari kemelut ekonomi. Kalau tidak percaya pengundi-pengundi boleh bezakan keadaan saham di BSKL dengan keadaan saham di negara-negara Asia. Kita masih dibawah paras index yang merugikan. Telah banyak syarikat-syarikat besar menjual saham dan lari ke negara jiran yang lebih menguntungkan.

Rata-rata masyarakat di Hulu Selangor masih dibawah taraf kemiskinan. Bonda saya juga anak jati Hulu Selangor menegaskan amat susah untuk mencari rezeki di Hulu Selangor. Semua plan tindakan rakyat termiskin tidak disusun rapi sejak G.Palanivel mengambil alih sebagai wakil rakyat. Banyak peluang perniagaan diberikan oleh G.Palanivel kepada kroni-kroninya terutama Perniagaan Sekolah Memandu Sami di Kuala Kubu Bharu dengan pelbagai cabang perniagaan.

Datuk Zaid adalah seorang calon yang berwibawa. Saya mengenali beliau sewaktu Datuk Zaid menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu. Saya sebagai Kerabat DiRaja Kelantan amat kagum dengan keperihatinan beliau membantu warga-warga miskin, orang-orang kurang upaya dan juga ibu-ibu tunggal di kawasan Kota Bharu. Malah keluarga saya pernah berjumpa dengannya untuk meminta bantuan bagi beberapa keluarga miskin di sekitar Kota Bharu. Datuk Zaid tidak pernah menolak dan membantu sedaya upayanya bagi menyelesaikan apa jua masalah yang ditanggung oleh keluarga miskin. Saya juga merasakan ada sesuatu yang dapat dilaksanakan di kawasan Hulu Selangor jika Datuk Zaid mewakili rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Saya akan turun padang untuk sama-sama berganding bahu membantu rakyat di Hulu Selangor. InsyaAllah.

Semua propaganda yang dilakukan Barisan Nasional untuk menjatuhkan Datuk Zaid adalah bohong semata-mata. Saya mengenali Datuk Zaid dari dekat sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu.
Inilah masanya rakyat di Hulu Selangor sama-sama memberikan undi kepada Datuk Zaid untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi-pengundi Hulu Selangor marilah kita sama-sama berdoa semoga calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Kita mampu menumbangkan Kerajaan zalim Barisan Nasional dan ini lah mesej yang akan kita tunjukkan kepada barua-barua Barisan Nasional yang menghisap darah rakyatnya sendiri.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!! UNDILAH DATUK ZAID!!!
HANCURKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!! TUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM BARISAN NASIONAL!!!
HANCURKAN KHIANAT DAN KERAKUSAN BARUA-BARUA BARISAN NASIONAL MENGHISAP DARAH RAKYAT!!!
KEMBALIKAN KUASA RAJA YANG MUTLAK YANG KINI DIKHIANATI OLEH BARUA-BARUA BARISAN NASIONAL!!!

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT…
FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENGUNDI-PENGUNDI HULU SELANGOR YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT. PERCAYALAH ALLAH SWT AKAN BERSAMA-SAMA DOA DAN RINTIHAN ORANG YANG DIZALIMI.AMINN..

No comments: