Share |

Friday, 19 February 2010

ASP Vasantha Kumar in Ops Padam Hindraf. Now forced to reveal his true E3M police special branch status in High Court.


This ASP Vasantha Kumar now has to reply Hindrafs’ Statement of Defence dated 19/2/10 at the Kuala Lumpur High Court.

It would be interesting to see how ASP Vasantha Kumar replies to Hindraf’s Statement of Defence (see Statement of Defence below). We anticipate he sidestepping and diverting away from the whole allegation about he being a police special branch plant in Hindraf and out to cause confusion and to break up Hindraf under PDRM’s Ops Padam Hindraf.

K. Vasu.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN SIVIL NO: S 23 – 6 – 2010

ANTARA

VASANTHA KUMAR A/L KRISHNAN …PLAINTIF

(NO.K/P: 731030-02-5591)

DAN

TAMIL SELVAN A/L KRISHNASAMY …DEFENDAN

(NO.K/P: 650719-10-6813)

PERNYATAAN PEMBELAAN

1) Defendan menjawab kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif ini tanpa prejudis kepada hak undang-undang dan equiti Defendan untuk membuat permohonan Mahkamah untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini dengan kos.

2) Menjawab Perenggan 1 Plaintif telah tidak menyatakan pekerjaannya seperti keperluan undang-undang dan/atau Peraturan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi yang lazimnya dimasukkan di dalam mana-mana Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dan meminta Mahkamah yang mulia ini untuk mengambil perhatian kehakiman (judicial notice) dan membuat keputusan yang sewajarnya.

3) Menjawab Perenggan 2, Defendan mengakuinya dan menambah yang beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang pemimpin pusat Hindraf yang telah dilantik menjadi Pengelola Kebangsaan (National Coordinators) oleh Pengurusi Hindraf Waytha Moorthy a/l Ponnusamy.

4) Menjawab Perenggan Ketiga, Defendan menafikan yang terdapat lima ketua dan/atau ahli jawatankuasa Hindraf yang telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

5) Setahu Defendan hanya terdapat seorang sahaja pemimpin / ketua bagi Hindraf iaitu En. Waytha Moorthy a/l Ponnusamy selaku Pengerusi Hindraf dan empat orang Peguam Hindraf yang lain tetapi yang tidak terlibat dalam membuat polisi dan keputusan (policy making and decision making) dan telah hanya menjadi penceramah di forum-forum Hindraf di seluruh negara hanya lebih-kurang tiga bulan sebelum perhimpunan aman raksasa Hindraf pada 25/11/2007 (kecuali P. Uthayakumar).

6) Menjawab perenggan keempat, Defendan menafikan yang Plaintif adalah seorang ketua dan/atau ahli jawatankuasa Hindraf yang telah ditahan dibawah tahanan ISA.

7) Malah Defendan dan/atau mana-mana pemimpin kanan Hindraf dan/atau penyokong-penyokong Hindraf tidak pernah berjumpa atau tidak pernah mendengar nama Plaintif sehingga lebih-kurang tiga bulan sebelum tarikh 13hb December 2007 tersebut. Pada tarikh 13/12/2007 apabila Ketua Polis Negara turut mengumumkan nama Plaintif sebagai salah seorang daripada lima orang pemimpin Hindraf, Defendan terkejut dan terkilan bagaimana Plaintif layak menjadi seorang pemimpin Hindraf apatah lagi ditahan tanpa bicara dibawah ISA dalam tempoh penglibatannya dalam tempoh tiga bulan tersebut dan/atau tanpa dilantik oleh Pengerusi Hindraf dan/atau ahli-ahli Hindraf.

8) Defendan telah membuat satu carian “Google Search” tetapi telah langsung tidak jumpa sebarang paparan (postings) mengenai Plaintif sebelum 13/12/07 dalam apa bentuk dan corak sekalipun khususnya sebagai seorang pejuang untuk kepentingan masyarakat India walaupun diperingkat akar-umbi apatah lagi sebagai seorang ahli ataupun pemimpin bawahan, pertengahan ataupun atasan sebarang badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik. Saya tidak dapat menafikan yang Plaintif adalah seorang individu yang penuh bermisteri dan masih belum dikenalpasti siapa sebenarnya identity beliau ini walaupun beliau menggelar dirinya sebagai seorang Pemimpin Hindraf. Setahu defendan, Plantif telah layak menjadi kononya seorang “pemimpin Hindraf” dengan semata-mata kononya penangkapannya di bawah ISA pada 13/12/2007.

9) Pertanyaan (Inquiries) Defendan dengan terutamanya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin politik dan NGO di Malaysia juga tidak dapat megenalpasti identiti sebenar Plaintif olehkerana tiada seorang pun yang pernah mendengar nama atau berjumpa Plaintif sebelum kononnya “penangkapan” beliau dibawah ISA pada tarikh 13/12/2007.

10) Dalam membawa kes ini terhadap Defendan, Plantif wajib menyenaraikan kronologi aktiviti, pergerakan, penglibatan dalam NGO dan/atau politik dan tindakannya, kesemua surat-surat, dokumen-dokumen dan memorandum-memorandum kepada pihak berkuasa dalan kes-kes berkepentingan awam dan lain-lain butir-butir peribadi secara terperinci khususnya sebelum tarikh “penangkapannya” dibawah ISA pada 13/12/2007 (yang dinafikan disini) dalam mengesahkan identity dan siapa sebenarnya Plantif dan Plantif bukan seorang yang bermisteri seperti yang dinyatakan oleh Defendan diatas dalam Jawapan kepada Pernyataan Pembelaan oleh Plantif supaya Mahkamah yang mulia ini dapat membuat keputusan yang seadil-adilnya.

11) Pada setiap masa yang material Plaintif telah dan sedang menjadi seorang individu bermisteri (mysterious individual) terutamanya bersabit dengan peranan utamanya terutamanya dalam akbar-akbar harian berbahasa Tamil dengan mengecam, membuat tuduhan palsu dan melulu, mengelirukan masyarakat India di Malaysia dan memecah belahkan mereka dan Hindraf terutamanya P. Waytha Moorthy dan P. Uthayakumar.

12) Defendan menegaskan yang penahanan Plaintif dibawah ISA langsung tidak ada kena-mengena dengan Hindraf terutamanya dengan rekod penglibatnya dalam Hindraf untuk hanya tempoh masa tiga bulan sahaja sebelum kononnya “penahanannya” dibawah ISA pada 13/12/2007.

13) Setahu Defendan tidak ada dalam sejarah Malaysia dimana seseorang individu telah ditahan dibawah ISA dengan penglibatannya untuk hanya tiga bulan sahaja dan yang telah layak menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara dan seterusnya ditahan dibawah ISA.

14) Menjawab perenggan kelima Defendan mengulangi perenggan Ketiga seperti diatas.

15) Menjawab perenggan Keenam Defendan mengakui telah membuat satu kenyataan akbar dalam akbar Makkal Osai.

16) Menjawab perenggan ketujuh dan kelapan Defendan menyatakan yang tidak ada dan/atau tidak terdapat sebarang rujukan kepada nama Plaintif. Tambahan pula hanya perkataan beberapa orang individu yang disyaki dipasang oleh polis dalam Hindraf (suspected police planted guys in Hindraf ) merujuk kepada beberapa orang individu yang telah tidak dinamakan dan/atau dirujuk nama Plaintif dan/atau mana-mana individu telah tidak dinamakan dan/atau dirujuk secara khusus.

17) Menjawab perenggan kesembilan Defendan menafikannya. Defendan menambah yang tidak ada mana-mana bahagian dalam kononya “Pernyataan-pernyataan fitnah tersebut” (yang dinafikan disini) dalam perenggan ketujuh dan juga dalam perenggan kelapan Pernyataan Tuntutan Plaintif yang menyatakan secara khusus dan/atau pun secara tersirat dan/atau memberi gambaran yang kenyataan Defendan adalah balasan kepada pernyataan akbar yang diberikan oleh Plaintif kepada Makkal Osai pada 7/7/2009.

18) Defendan menjawab di sini yang Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah salah dari sisi undang-undang “frivolous, vexatious” dan penyalahgunaan proses mahkamah yang mulia ini olehkerana Plaintif telah tidak memasukkan nama akbar Makkal Osai yang telah mencetak menerbitkan dan menyiarkan pernyataan-pernyataan yang kononnya fitnah (yang dinafikan di sini) tersebut sebagai satu pihak dalam guaman sibil tersebut.

19) Menjawab perenggan kesepuluh Defendan mengulangi perenggan 15 diatas.

20) Menjawab perenggan kesebelas , keduabelas dan ketigabelas Defendan menafikan yang terdapat fitnah terhadap Plaintif apatah lagi terbitannya kepada orang ramai seperti dalam perenggan kesebelas dan natijah daripada kononnya “fitnah” tersebut (yang dinafikan di sini) seperti dalam perenggan keduabelas dan ketigabelas.

21) Menjawab perenggan keempatbelas Defendan menafikannya dan menyatakan yang tuntutan Plaintif tersebut adalah tidak berasas.

22) Menjawab perenggan kelimabelas Defendan menafikannya dan menyatakan yang tuntutan Plaintif tersebut adalah tidak berasas.

Bertarikh pada 19 haribulan Februari 2010.

…………………………

Peguamcara bagi

pihak Defendan


PERNYATAAN PEMBELAAN ini difailkan oleh Tetuan Kumar Hashimah & Co, Peguamcara bagi pihak Defendan yang beralamat di No.6A, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

(Tel: 03-2282 5622 Faks: 03-2282 5245)

(No Ruj: KH/T/229/10 – Selvam Rawang (V)

1 comment:

Anonymous said...

Becoming a bunch of jokers.
Sad! Really sad!
Started out with such promise - now will go down in history as a one-hit wonder!