Share |

Tuesday 12 January 2010

Jangan pindahkan kubur!

- Uthayakumar menyeru Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) telah meminta Kerajaan Kedah agar mengubah keputusannya untuk mengalihkan kubur Hindu berusia lebih 100 tahun yang bertapak di Kuala Ketil.

Demi menjalankan perancangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mengalihkan kubur Hindu di Kuala Ketil ke tempat lain. Menurut Uthayakumar yang juga merupakan Setiausaha Agung HRP, kubur tersebut yang menjadi sebahagian daripada sejarah orang India harus dikekalkan dan dipulihara. Tambah beliau, “saya meminta Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak supaya kubur yang dianggarkan 0.8 hektar tersebut didaftarkan sebagai kubur Hindu yang tetap di bawah Jabatan Pendaftaran Kerajaan”. Pihak British telah menghadiahkan tapak tersebut kepada peladang India yang bekerja di tempat tersebut.

uk

No comments: