Share |

Friday 11 December 2009

Kenapa Najib sanggup menyusu anak kera di hutan dan membiarkan anak sendiri kelaparan

Malaysia taja biasiswa, latih guru selatan Thai Utusan, 9 Disember, 2009 melaporkan bahawa Malaysia memulakan langkah pertama yang dianggap signifikan dalam membantu penduduk Islam di selatan Thailand apabila mengumumkan penajaan biasiswa dan latihan kepada guru serta pelajar di wilayah berkenaan. Saya ingin bertanya mengapakah bantuan yang sama tidak diberi kepada pelajar-pelajar dan orang India yang begitu memerlukan. Kenapa hanya terdapat 1% pelajar India di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia? Kenapa Najib sanggup menyusu anak kera di hutan dan membiarkan anak sendiri kelaparan? Mengapa? Telah berdekad-dekad lamanya kerajaan Malaysia memejamkan mata sahaja terhadap isu anak orang India yang tiada sijil kelahiran. Lahir di negara ini tetapi masih tidak mempunyai sijil kelahiran, dan kerajaan tidak peduli pun! Saya yakin hal seumpama ini tidak berlaku di mana-mana negara yang semakmur Malaysia! Adakah hal ini tidak dihiraukan hanya kerana mereka orang India? Inikah 1Malaysia namanya? Bayangkan nasib mereka yang tiada sijil kelahiran. Nak pergi sekolah tidak boleh, nak ambil kad pengenalan tak boleh, nak bekerja tak boleh, nak buka akaun bank tidak boleh, malah nak kahwin secara sah pun tidak boleh ! Jadi, apa yang boleh? Mereka hanya boleh menjadi penjenayah, pembunuh upahan dan terbabit dalam pelbagai aktiviti negatif bagi meneruskan kehidupan. Akhirnya, mereka ditembak oleh polis Malaysia kerana disyaki melakukan sesuatu! Inilah nasib orang India di tanah tumpah darah mereka! Semua masalah ini dan yang bakal menjadi dapat dihalang oleh kerajaan jika UMNO lebih prihatin terhadap rakyat negara sendiri, tanpa mengira kaum, terutamanya kaum India yang amat ketinggalan dalam segala-galanya. Najib, susuilah anak sendiri dulu ! - CikguParu -

No comments: