Share |

Thursday 3 September 2009

KBP Press Conference on 2nd Aug 2009

Press Statements (original) :

Adakah developer telah memperolehi persetujuan atau restu dari Kerajaan Negeri

untuk merobohkan rumah rumah kami?

Kerajaan Negeri mengheboh hebohkan bahawa akta 116D telah siap dan akan difailkan

bila bila masa. Ini diberitahu sejak satu setengah bulan lalu. Akankah kerajaan

Negeri Kotakan janji janji mereka? Ini merupakan satu tipu helah oleh Kerajaan

negeri untuk menipu masyarakat Kg.Buah Pala atau seluruh masyarakat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri semalam, menawarkan RM8000.00 pampasan ex-gratiadan menyuruh penduduk

meningalkan Kampung ini. Selepas Perobohan, baru perbincangan akan dijalankan menurut

Prof.Ramasamy.

Salah satu daripada syarat dalam mesyuarat Exco lalu, telah diputuskan bahawa pampasan

pada penduduk kampung harus dibayar sebelum tanah ini dipindah milik.Ini adalah satu

skandal dilakukan oleh Kerakaan Negeri sekarang.

Dimana perginya janji-janji oleh DSAI sebelum pilihanraya, mengatakan kampung ini akan

dikekalkan sebagai kampung warisan India.

Walaupun kami sedang dalam perbincangan dengan pihak tertentu untuk menyelesaikan isu

kg.buah pala. Tetapi Pihak Pemaju dengan bantuan dari pihak kerajaan Negeri PP masih

meneruskan kerja pemilikan kosong.

Pelbagai perbincangan telah diadakan diantara pihak Kerajaan negeri dengan penduduk

penduduk Buah pala berkenaan pampasan, tetapi, segala yang disiarkan adalah bukan

perkara yang dipersetujui.

Surat tawaran yang diterima dari pemaju (Nusmetro) mempunyai kelebihan kepada pihak

pemaju dan bukan berpihak kepada penduduk penduduk Kg.Buah Pala. Dan tawaran yang

disebut diatas kertas itu tidak ada jaminannya. Pihak kerajaan Negeri Menyokong

surat tawaran itu. Apakah kepentingan kerajaan negeri diatas projek ini? kalau bukan

untuk Rakyat yang mengundinya dan menyokongnya sempena Pilihanraya.

covered up by the state gov. by manipulating news in the papers espc. The mandarin

papers.

more news soon....

No comments: