Share |

Saturday 18 April 2009

Pekerja Ladang Dapat Rumah Setelah 18 Tahun

bukit-rajah

Selepas 18 tahun masalah Ladang Bukit Rajah telah mendapat satu keputusan yang baik dengan persetujuan bekas pekerja ladang tersebut sedia berpindah dari sana.

Satu perjumpaan telah diadakan di Pejabat Sime UEP di Bandar Bukit Rajah pada hari Khamis pukul 10.00 pagi. Sebanyak 12 buah keluaga bekas pekerja ladang yang enggan keluar dari ladang tersebut telah menghadirkan diri ke perjumpaan ini dan bersetuju untuk berpindah dari ladang tersebut.

Mereka telah mendapat penyelesaian bagi masalah mereka dengan menerima rumah teres yang ditawarkan oleh pemaju.

Penduduk ladang tersebut juga telah menghadapi kerugian sewaktu banjir dan pemaju telah bersetuju untuk memberi
sedikit pampasan bagi keluarga tersebut. Pemaju juga bersetuju untuk memberi pampasan kehilangan kerja selepas
keluarga tersebut berpindah dari ladang tersebut.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kapar, M.Shanmugam telah memberitahu bahawa sehingga projek rumah teres berhampiran ladang selesai, pemaju bersetuju untuk memberi duit sewa sebanyak RM 5,000.00 bagi tahun pertama bagi keluarga tersebut. Ia termasuk perbelanjaan pengangkutan.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam dan juga wakil-wakil kemajuan ladang telah menghadirkan diri ke perjumpaan ini.

En.Shanmugam juga memberitahu bahawa sebanyak 6 buah kuil yang terdapat di Main Division, NE Division dan Oil Mill Division telah mendapat RM 32,000.00 bagi setiap buah kuil.

Rumah teres yang berharga RM 196,000.00 akan diberi kepada bekas pekerja ladang dengan harga RM 70,000.00. Dalam pada itu Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam telah memberitahu bahawa penyelesaian bagi masalah ladang Bukit Rajah ini adalah atas usaha pimpinan Parti Keadilan Rakyat termasuk peguam penduduk Sivarasa (Ahli Parlimen Subang) dan bukannya kerana ahli MIC K.P.Samy seperti yang di tuntut oleh setelah pihak.

dipeti dari Makkal Osai 17/4/2009.

No comments: