Share |

Wednesday, 15 April 2009

Jangan putar belit kenyataan saya - Muhyiddin

(Bernama) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.

"Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?" katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawaipegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini semalam.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolaholah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

Muhyiddin berkata beliau telah bercakap dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang menyatakan bahawa tidak ada apaapa yang salah dengan kenyataannya itu.

"Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius," katanya.

Muhyiddin berkata beliau menganalisis kedudukan di Bukit Gantang selepas turun berkempen serta membantu dan menjelaskan banyak perkara tetapi apabila dilihat kepada keputusannya, sokongan kaum Cina kepada BN di situ merosot dari tahun 2008.

"Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolaholah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai...dalam konteks itu," katanya.

Muhyiddin berkata postmortem bagi setiap pilihan raya kecil yang diadakan perlu dibuat dan dianalisis dengan berterus-terang.

"Kita tidak mahu sembunyikan apaapa. Jika kaum Cina nampaknya tidak menyokong, tentulah ada sebabnya," katanya.

Muhyiddin berkata beliau mahu memahami pemikiran orang Cina di Bukit Gantang bahawa sebarang bentuk bantuan tidak boleh mempengaruhi keputusan mereka atau mungkin terdapat isu yang lebih besar.

"Itu saya cakap dari segi konteks nak menjelaskan apa yang berlaku di Bukit Gantang. Sama ada itu membayangkan sikap di peringkat nasional atau tidak, saya tak ada fakta untuk menunjukkan begitu. Mungkin di tempat lain, lain (pemikirannya).

"Saya kata di Bukit Gantang, jadi, kena faham dalam konteks Bukit Gantang," katanya.

1 comment:

kekwa66 said...

Siapa sebenarnya yg selalu putar belitkan fakta/berita/kenyataan??!! Tepuk dada tanyalah selera!