Share |

Sunday, 15 March 2009

Perguruan : Dari 48,384 Permohonan hanya 6,631 Ditawarkan

Berikut adalah Soalan dan Jawapan YB Kapar di Parlimen pada 12 Mac 2009 .

Soalan No 6.

Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pelajar

yang berjaya memasuki Maktab Perguruan dan berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2005 hingga 2008.

Timbalan Menteri Pelajaran I [Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong]: Tuan Yang di-Pertua,

bilangan pelajar mengikut tahun yang berjaya memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi

tempoh tahun 2007 dan 2008 adalah seperti berikut:-

Tahun 2007 - 20,187 orang

Tahun 2008 - 17,678 orang

Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah enrolmen tersebut adalah berdasarkan kepada dua kursus adalah Kursus Perguruan Lepasan SPM iaitu lima setengah tahun dan satu lagi adalah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Manakala data yang dipohon oleh Yang Berhormat sebenarnya selepas tahun 2006, satu keputusan telah dibuat oleh kerajaan di mana Kementeria Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran masing-masing mempunyai pengkhususan di mana IPG hanya melatih guru di peringkat sekolah rendah. Kerajaan ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mengkhusus ataupun menetapkan sebarang kuota kepada mana-mana kaum tetapi sebaliknya membuka peluang kepada semua calon yang layak untuk memohon ke IPG bagi mengikuti kursus perguruan yang ditawarkan.

Untuk makluman Yang Berhormat oleh kerana sekolah rendah sekarang adalah sekolahkebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina, bermakna ada tiga aliran. Keperluan guru itu berdasarkan kepada tiga jenis sekolah tersebut. Itulah serba sedikit tentang gambaran di IPG. Terima kasih.

Tuan S. Manikavasagam [Kapar]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah keseluruhan pelajar yang memohon untuk memasuki maktab perguruan dan adakah kementerian bercadang untuk menambah lagi tempat bagi menampung keperluan tenaga guru-guru terlatih. Sekian, terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya kalausaya memberikan satu senario jumlah permohonan yang diterima di kalangan calon Melayu untuk KPLI 2009 iaitu permohonan dibuat tahun lalu adalah 48,384 dan yang layak ditawar ialah 6,631 orang. Manakala untuk permohonan daripada calon Cina hanya 2,665 yang mana 838 layak ditawar setelah temu duga. Begitu juga di kalangan calon India seramai 1,910 yang mana 338 orang berjaya ditawarkan tempat.

Itu adalah senario yang terkini dan mengenai tempat yang hendak disediakan sebenarnya IPG sedang mengadakan satu perancangan terperinci untuk kita mempertingkatkan kapasiti di IPG termasuk kita membina kampus induk di Nilai. Ini adalah antara usaha yang kita jalankan termasuk kita mengambil lebih ramai pensyarah untuk menjadi pensyarah di IPG.

Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kitasering dibangkitkan tentang masalah kekurangan guru terutamanya guru yang berkualiti untuk mengajar anak-anak murid ini. Contoh yang dibangkitkan ialah kemampuan guru kita mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya ingin tahu kemampuan institut perguruan kita ini dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti ini. Saya juga ingin tahu apakah kita membezakan lulusan di institut perguruan dengan yang lepasan ijazah ini yang membangkitkan bahawa mereka sukar mendapat tempat untuk menjadi guru sebenarnya.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Ada dua soalan yang dibangkitkan. Pertamanya dari segi kualiti guru bahasa Inggeris. Sebenarnya kita mempunyai satu kampus khusus iaitu IPG khusus untuk melatih guru dalam bahasa Inggeris. Itu memang kita sedang merancang kaedah yang terbaik untuk kita mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri dan cara pedagogi untuk mengajar yang paling berkesan kepada murid. Itu memang dalam tindakan kita.

Keduanya, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat sebenarnya setelah MOHE mengambil alih latihan untuk guru di peringkat sekolah menengah, itu memang adalah satu masalah yang sering dibangkitkan oleh graduan yang telah menamatkan pengajian di universiti. Mereka menganggap mereka terpaksa melalui temu duga. Sebenarnya ini adalah satu proses yang perlu dilalui oleh kerana ia dilatih di universiti dan ia perlulah melalui proses pengambilan guru ke dalam sistem kita. Maka kalau kita hendak lihat dari segi sistem kita di IPG, kita telah mengadakan latihan amali yang secukup-cukupnya.

Jadi, sebab itulah kita melihat advantage bagi mereka yang memasuki IPG adalah dari segi pendedahan untuk mengajar dan kita mempunyai sekolah dalam maktab itu sendiri untuk mereka diberi pendedahan. Saya rasa dalam konteks ini kita tidak membeza-bezakan kelulusan daripada universiti tetapi sebaliknya dari segi pengambilan kita perlu teliti dan kita kena berdasarkan kepada apa yang telah kita buat dari segi kualiti guru yang kita tekankan. Terima kasih.

No comments: