Share |

Thursday, 19 March 2009

Pembersihan kem Abdullah !

Semakin hampir ke hari pertabalan Najib sebagai Presiden Umno semakin cemas orang - orang Umno. Najib hampir pasti menjadi Presiden tetapi sasaran akhirnya bukan itu, sasaran akhirnya ialah Perdana Menteri.

Maka walaupun dalam keadaan lembab, Abdullah yang ditinggalkan Khairy cuba melawan sikit-sikit. Perlawanan 'lembab' seperti membuat iklan gergasi merentasi lebuhraya jalan Syed Putra Kuala Lumpur bagi mengingatkan rakyat dia masih Perdana Menteri telah dilihat serius oleh Najib. Maka amaran kepada kem Abdullah dihantar. Beberapa orang kuat Abdullah diberi amaran dengan disiasat SPRM dan Lembaga Disiplin. Malangnya Najib masih belum yakin mereka yang diberi amaran insaf dan beralih kem.

Selepas itu Dato' Norza didakwa dan Datuk Azalina dihebahkan siasatan SPRM ke atasnya. Dan hari ini pula Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah dilarang oleh Lembaga Disiplin Umno dari bertanding Timbalan Presiden. Seperti yang ditulis awal hari ini dimana seperti dijangka Khairy yang sudah meninggalkan kem Abdullah dan berjumpa Najib minta settle hanya diberikan amaran 'keras'.

Dalam bab Khairy Jamaluddin ini che'GuBard masih sedikit meragui yang Najib berani melawan Mahathir dengan tidak memenangkan Mukhriz Mahathir. Atau mungkin Najib sudah berjanji dengan Khairy tak mengapa kalau kalah dalam Pemuda pun akan dijamin tempat dalam kerajaan.

Yang lucunya Khir Toyo yang hampir semua perwakilan pemuda Umno tahu dia digelar Santa Claus dimana dimana dia datang pasti perwakilan menerima 'ole-oleh' tidak dikenakan apa juga tindakan kerana dia cukup tidak porpular dan lebih lagi dia pro Najib/Mahathir.

Persoalanya sekarang orang Melaka harus malu kerana Ketua Menterinya disahkan terlibat rasuah, kalau Ahmad Said, SPRM 'bertelur' sudah tentu Ali Rustam ini boleh disumbat ke dalam penjara angkara korupsi. Bayangkan Umno itu penyamun, maka mesyuarat sesama penyamun mengesahkan Ali paling hebat menyamun sampai tak layak tanding.

Berikut adalah senarai 15 ahli Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno yang diumumkan hari ini:

* Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan timbalan presiden)

* Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim (digantung 3 tahun)

* Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin (digantung 3 tahun)

* Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bukit Katil, Saadun Basiron (digantung 3 tahun)

* AJK Umno Bukit Katil, Rosli Hasan (digantung 3 tahun)

* Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil, Zalina Ismail (digantung 3 tahun)

* Ketua Pemuda Umno Maran, Mohamad Najuib Mohd Shahaimi (digantung 3 tahun)

* Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad, (digantung setahun)

* Ahli Umno Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail (digantung setahun)

* Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krai, Amran Mat (digantung setahun)

* Ahli Umno Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zin (digantung setahun)

* Timbalan Ketua Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (amaran)

* AJK Umno Bahagian Paya Besar, Mohd Zaili Besar (amaran)

* Naib Ketua Bahagian Paya Besar, Mohd Sohaimi Jusof (amaran)

* Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (amaran)

No comments: