Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Umno mengharamkan media baru daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno sebagai satu strategi yang salah.
"Kita sepatutnya mengalu-alukan media baru. Ini adalah trend masa depan.
"Kita perlu buka pintu kita, jika tidak (kita) akan dibanjiri khabar angin dan surat layang.
"Apa salahnya dengan blogger dan media baru. Kita tidak mengadakan mesyuarat tentang perkara rahsia, malah kita merupakan parti yang paling terbuka.
"Saya akan meminta pihak parti supaya menimbang semula keputusan tersebut untuk memboleh media baru membuat liputan perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.
Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula semalam.
Perhimpunan kali ini akan menyaksi pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - dari timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu.
Selain Malaysiakini, pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.

No comments:
Post a Comment