Share |

Tuesday 31 March 2009

Kes Penganiyaan Tahanan Akan Berterusan…

Author: Office of Mp Kapar

Berikut adalan soalan dan Jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkenaan penyeksaan oleh segelintir Polis terhadap tahanan dalam lokap. Ini baru lokap polis, bagaimana di Penjara-penjara seluruh negara.

Selagi, Menteri serta Peguam Negara cuba melindungi kesalahanan-kesalahan Pihak Polis selagi itu penganiyaan Tahanan akan berterusan. Terbaru di Chemor Perak, ahli keluarga juga di lanyak habis-habisan .

Bukankah ini suatu Penderhakaan oleh yang Berkuasa Kepada Raja dan Negara?

10 Mac 2009

Soalan Lisan YB Kapar dijawap melalui Tulisan

Tuan Manikavasagam a/l Sundaram meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan pegawai polis tidak menyeksa tahanan melampuai batasan dan apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas.

Jawapan YB Menteri :

Tuan Yang Di Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kapar yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, sebagai sebuah agensi penguatkuasaan Undang-Undang , PDRM sentisa mengutamakan kepentingan menghormati undang-undang. Oleh yang demikian, setiap pengambilan bagi jawatan anggota dan pegawai sama ada Konstabel, Inspektor percubaan atau Kadet ASP akan menjalani latihan asa selama 6 bulan di pusat latihan polis. Di antara penekanan yang diberikan dalam modul latihan tersebut ialah memahami , menghayati dan menghormati undang-undang negara. Kesimpulannya, secara asasnya, semua pegawai polis telah dilatih untuk memiliki kefahaman untuk menghormati hak-hak asasi manusia termasuk kepada orang tahanan.

Tuan Yang Di Pertua,

Pihak Kementerian yakin dan percaya , melalui pematuhan kepada undang-undang sepertio Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah berhubung cara-cara penangkapan dan larangan penggunaan kekerasan yang berlebihan akan dapat mencegah daripada belakuanya kes-kes orang tahan diseksa atau didera. Seksyen 20 Kanun Tatacara Jenayah juga memperuntukkan peraturan atau cara-cara memeriksa orang yang ditangkap dan Seksyen 20A akta yang sama turut memperuntukkan prosedur mengenai pemeriksaan orang yang hendak dimasukkan kedalam lokap.

Tuan Yang DiPertua,

Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan arahan supaya lawatan rutin oleh Ketua Polis Balai ke atas lokap hendaklah di adakan pada setiap hari. Di samping itu, pegawai-pagawai kanan polis di daerah-daerah juga diberikan tanggungjawab untuk melawat lokap-lokap di kawasan masing-masing mengikut giliran. Arahan juga telah dikeluarkan supaya salam setiap sesi soal siasat, seorang pegawai kanan dimestikan hadir sebagai penyelia. Sebagai usaha penambahbaikan pada masa akan datang, semua sesi soal siasat yang dijalankan oleh pihak polis akan dirakamkan dan disimpan sebagai rekod.

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian yakin melalui pelaksanaan langkah-langkah tersebut, kes-kes orang tahanan yang diseksa oleh polis akan dapat ditangani dan dicegah . Sehubungan dengan itu, Kementerian tidak Bercadang untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat kes-kes polis menyeksa orang tahanan kerana dalam dua kejadian yang melibatkan Prabakar a/l Bala Krishnan yang telah disiram dengan air panas, 6 orang anggota polis yang terlibat telah di tuduh ,sementara bagi Kes A Kugan pula, siasatan masih lagi belum dapat dilengkapkan sehinggalah semua laporan pakar diperolehi.

No comments: