Share |

Wednesday, 4 February 2009

SPR Tidak Profesional

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
4 Februari 2009

SPR Tidak Profesional

Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa tiada pilihanraya kecil di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak adalah tidak profesional dan jelas memperlihatkan wujudnya campurtangan politik daripada pihak atasan kerajaan.

Keputusan ini sengaja dibuat bagi membolehkan dua Ahli DUN dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sertai BN tanpa perlu melalui pilihanraya kecil.

Tugas sebenar SPR adalah mengadakan pilihanraya kecil secara profesional selepas menerima surat daripada Yang Dipertua DUN Perak yang memaklumkan bahawa kedua-dua ADUN Changkat Jering dan Behrang dari KeADILan telah meletak jawatan.

Keputusan Yang Dipertua DUN Perak adalah muktamad dalam perkara ini iaitu kedua-dua kerusi DUN tersebut dikosongkan ekoran perletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang pada Ahad lalu.

Maka SPR tidak wajar membuat pengumuman tersebut kerana kedua-dua orang itu bukan lagi wakil rakyat, apatah lagi keputusan tersebut dibuat hanya kerana mendakwa menerima surat penafian perletakan jawatan daripada mereka.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

No comments: