Share |
Showing posts with label Pekida. Show all posts
Showing posts with label Pekida. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

Pekida akan terus pertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam


(Bernama) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan terus mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak, kata Presidennya Jamaludin Yusof.

Beliau berkata sebagai sebuah pertubuhan yang diwujudkan atas dasar Melayu dan Islam, sudah pasti kedua-dua dasar berkenaan menjadi pegangan utama dan akan diperjuangkan sampai bila-bila.

“Pekida mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu menegakkan Islam dan memastikan bangsa Melayu terus menjadi tunjang negara. Kita akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir.

“Justeru kita sebagai anggota (Pekida), kita mempunyai tugas yang berat untuk pastikan kestabilan politik negara dikekalkan supaya negara akan terus aman dan damai,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Pekida Malaysia ke-18 yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di sini hari ini.

Jamaludin berkata sehingga kini keanggotaan Pekida sudah menjangkau kira-kira 300,000 orang dan jumlah itu sangat penting dalam menguatkan pertubuhan itu dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya.

“Pekida mempunyai anggota yang ramai dan kita sedang mencari formula bagaimana untuk menyatukan kesemua anggota supaya perjuangan kita mencapai matlamatnya.

“Kita tidak mahu satu hari nanti kita terpaksa menangis di belakang pintu disebabkan oleh kegagalan kita untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara kita sendiri,” katanya.

Jamaludin turut menyeru semua anggota pertubuhan itu agar terus menyokong kerajaan sedia ada yang sudah terbukti banyak membantu membangunkan syiar Islam selain mempertahankan keistimewaan orang Melayu sejak negara merdeka hingga kini.

“Hanya kerajaan yang ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat. Jadi, saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita,” katanya.

Tuesday, 6 December 2011

PM: Malays in peril if Pakatan rules

‘Pekida, bantu pertahan k’jaan BN’

Perdana Menteri mahu Pekida bantu kerajaan kekal memerintah Putrajaya selepas PRU 13.

SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) diseru membantu mengekalkan kelangsungan kerajaan sedia ada bersesuaian dengan piagam pertubuhan itu yang mendokong kerajaan yang memerintah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemerintahan kerajaan (Barisan Nasional) dewasa ini adalah selari dengan matlamat dan tujuan Pekida ditubuhkan.

Justeru beliau mahu Pekida menjalankan tanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan memandangkan tiada pemerintahan lain yang dapat menjamin masa depan negara.

“Tiada pilihan lain selain tegakkan pemerintahan sedia ada. Tanggungjawab yang digalas Pekida atas jemala adalah untuk mempertahankan pemerintahan sedia ada.

“Apa akan jadi pada umat Islam jika pemerintahan tersungkur dan rebah. Apa akan jadi pada Islam jika hilang taring?

“Asas dan pokok adalah berjuang untuk kelangsungan kuasa jika kuasa terlepas segala cita-cita terkubur dan masa depan akan bertukar jadi gerhana. Ini kerana asas untuk menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah bergantung kepada pemerintahan sedia ada.

“Ia akan jadi realiti dan kenyataan jika ada kuasa,” katanya di hadapan 10,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Tegas Najib, pilihan alternatif yang ditawarkan oleh pembangkang belum tentu dapat menjamin kedudukan Melayu dan Bumiputera.

Pembangkang hanya berperanan untuk meruntuhkan apa yang dibina oleh kerajaan selama ini.

“Pembangkang tawarkan sebagai pilihan alternatif. Adakah mereka lebih baik? Adakah mereka boleh jamin kedudukan Melayu tidak terhakis. Bagaimana kedudukan agama?,” soal beliau lagi.

“Belum ada kuasa mereka sudah runtuhkan apa yang kita bina. Sebab itu kita sangsi seandainya mereka (pembangkang) ada kuasa,” katanya lagi.

Beliau turut memberi peringatan kepada Pekida agar terus merapatkan barisan jika enggan Melayu jatuh seperti sejarah empayar Melaka yang terkenal suatu masa dulu.

“Rapatkan barisan….sejarah dah tunjukkan bahawa empayar Melaka bersengketa sebab ada pengkhianat.

“Segala nikmat boleh terlepas angkara kita. Ini ada dalam pengajaran peradaban manusia. Kita tidak mahu bangsa kita jadi bangsat dan dibuli. Kita perlu pastikan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU-13) kerajaan kekal di Putrajaya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof.

Sunday, 16 January 2011

October 1987 revisited


Watch out for PEKIDA or the ‘tiga line’. They have been trying to create problems since way back and during every by-election since March 2008. Their job is to push the country to the brink of another race riot so that the government can ‘restore order’ by detaining activists and opposition leaders under the Internal Security Act.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
First take a look at these photos of the demonstration after Friday prayers yesterday.
Did you notice those green-yellow-red flags, the colours of the traffic lights? Well, those are PEKIDA flags. And if you want to know more about PEKIDA then go to their website here: http://www.pekida.org/
PEKIDA is a ‘fifth column’ founded soon after May 13, 1969. Its purpose is to form a front line or line of defence in the event a second race riot erupts -- May 13 Version 2. All the Prime Ministers and Deputy Prime Ministers, past and present, have links with PEKIDA -- as do some in the army, police, UMNO leaders, civil servants, and whatnot.
It is like Ireland where Sinn Fein is the political party and the IRA is the militant wing. In Malaysia it is UMNO and PEKIDA respectively.
PEKIDA also played a role in the Perak crisis, as you can read below:
Sebenarnya punca krisis politik Perak ini segala-galanya bermula dari UMNO Perak yang tidak bersedia menerima kekalahan mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Sejak dari keputusan diumumkan oleh SPR yang menunjukkan UMNO/BN Perak hanya memenangi 28 kerusi dari 59 kerusi DUN Perak, mereka terus merancang untuk menggagalkan penubuhan kerajaan Perak dari pakatan parti-parti pembangkang PAS/PKR/DAP.
Pada malam keputusan tersebut diumumkan UMNO telah menghubungi beberapa ADUN PAS untuk melompat parti dengan tawaran berjuta ringgit. Orang yang pertama mendapat tawaran itu ialah Ir. Hj.Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang (kini Dato’ Seri).
Setelah saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan persetujuan PAS untuk bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak, tidak berhenti-henti saya dihubungi oleh beberapa orang yang mewakili UMNO, diantaranya beberapa orang pegawai kerajaan. Bahkan saya ditemui oleh beberapa orang pemimpin PEKIDA yang saya percaya mereka mewakili UMNO.
Saya mendapat maklumat pihak UMNO cuba mempengaruhi istana untuk membentuk kerajaan minoriti dengan 28 ADUN kerana parti-parti lain memperolehi bilangan kerusi yang lebih kecil dari UMNO/BN. Akan tetapi kami berjaya memintas dengan membuat keputusan menubuhkan gabungan 3 parti yang kemudian dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
UMNO terus cuba memujuk PAS dengan menghantar Dato’ Zahid Hamidi untuk berbincang dengan saya, tetapi saya enggan berjumpa beliau. Beliau dan beberapa orang rakannya termasuk Dato’ Amin Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan gagal berjumpa saya kerana rumah kediaman saya di Simpang Empat Semanggol dikawal ketat oleh Unit Amal dengan dibantu oleh beberapa orang polis.
Kejadian itu berlaku pada malam 16 Mac 2008, sehari sebelum majlis upacara mengangkat sumpah Hj. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. -- Ustaz Ahmad Awang
What UMNO/PEKIDA is trying to do is reminiscent of the 1987 UMNO-MCA sabre-rattling and the rounding up of more than 100 activists and political leaders soon after that in October 1987 -- called Operasi Lalang.
In 1987, UMNO had split into two that eventually resulted in the creation of UMNO Baru and Semangat 46. To distract people from UMNO’s internal problems, Najib Tun Razak, the UMNO Youth Leader then, and Lee Kim Sai, the MCA Youth Leader, engaged in highly-publicised sabre-rattling, or what Malaysians would call ‘wayang kulit’ (shadow play).
The impression given was that Malaysia was rapidly moving towards May 13 Version 2.
To ‘restore peace’ and to ‘guarantee the safety’ of Malaysians, Operasi Lalang was launched and more than 100 ‘troublemakers’ who were a ‘threat to national security’ were rounded up under the Internal Security Act. Many ended up in Kamunting under two years detention without trial.
Strangely enough, both Najib and Kim Sai, the main players in this wayang kulit, were spared. They were not detained under the Internal Security Act.
Today we are seeing the same thing happening again. Since March 2008, UMNO has been trying many times to trigger racial problems. Yesterday was just another in a series of many attempts.
Yesterday’s demonstration was about a letter one MCA man wrote to the Prime Minister complaining about the ‘noise’ from the mosque in his neighbourhood. The Prime Minister leaked the letter and this triggered an uproar.
Back in 2008, Teresa Kok was accused of also complaining about the noise from the mosque. The mosque committee denied the incident but still Teresa was detained under the Internal Security Act.
On this latest issue the MCA man actually wrote a complaint letter to the Prime Minister and copied to all and sundry. However, even with this evidence no action was taken against him whilst in Teresa’s case, even though she did no such thing -- and this was confirmed by the mosque committee -- she was still detained.
If this is not a wayang kulit then, as Ummi Hafilda Ali declared: I dare say I am still a virgin.
Watch out for PEKIDA or the ‘tiga line’. They have been trying to create problems since way back and during every by-election since March 2008. Their job is to push the country to the brink of another race riot so that the government can ‘restore order’ by detaining activists and opposition leaders under the Internal Security Act.
And when we say PEKIDA we of course mean UMNO.
In spite of this I bet the Chinese and Indians will still vote for Barisan Nasional in the Tenang by-election at the end of this month. And when I say Cina dan India bodoh sombong they get angry. But if I don’t call them bodoh sombong then what do I call them?

Sunday, 19 September 2010

Kes Sosilawati: Pekida berkabung