Share |

Saturday 14 February 2015

1MDB sudah langsai hutang, kata Arul

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda berkata pinjaman RM2 bilion dilangsaikan sepenuhnya kepada Bank Malaysia. 
Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan sudah melangsaikan pinjaman RM2 bilion sepenuhnya kepada bank Malaysia, kata Arul Kanda.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini yang melaporkan pinjaman itu dilangsaikan sebelum tarikh akhir ditetapkan, mengikut terma perjanjian pinjaman.

“Dengan penyelesaian pinjaman ini, saya ingin menegaskan komitmen 1MDB menyelesaikan semua kewajipan hutang kami mengikut tarikh yang ditetapkan,” kata Arul dalam satu kenyataan hari ini. – 13 Februari, 2015.

No comments: