Astro Awani
KUALA
LUMPUR: Kempen #MansuhAktaHasutan yang akan dilancarkan Khamis ini
merupakan 'promosi' berpanjangan selama satu tahun untuk memberi
penerangan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan berkata, ini
merupakan kali pertama diadakan bagi menuntut Kerajaan mengotakan janji
untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"Kempen
ini sebenarnya satu kempen yang akan dianjurkan Jawatankuasa Peguam
Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam yang merupakan simbol menentang
Akta Hasutan peninggalan British.
"Ini
pertama kali kempen kebangsaan nasional yang akan dilancarkan. Ia usaha
kami bagi menuntut kerajaan supaya mengotakan janji untuk memansuhkan
Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Pelancaran kempen #MansuhAktaHasutan akan diadakan pada Khamis ini di Bangunan Majlis Peguam di sini.
Jelasnya,
pada Julai 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
menyatakan Kerajaan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk
Akta Hasutan.
Bagaimanapun, ia disifatkan tidak tertunai selain tiada usaha serius untuk memansuhkan undang-undang berkenaan.
Ujarnya, seramai 50 tenaga penggerak utama akan menjadi tonggak kempen berkenaan.
"Kita ada lebih daripada 50 ahli jawatankuasa dan tenaga penggerak kempen ini.
"Bukan
semuanya peguam, ada yang belum jadi peguam, penuntut, aktivis dan ada
rakyat biasa selain aktivis mahu melibatkan diri dalam kempen ini,"
jelasnya.
Dalam
pada itu katanya, antara penceramah pada hari pelancaan kempen itu
ialah, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, Bekas Presiden Majlis
Peguam, Ambiga Sreenevasan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pergerakan
Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.
No comments:
Post a Comment