Share |

Saturday 23 August 2014

Wanita PKR kecewa Khalid lapor ROS

(Agenda Daily) – Ini satu lagi lawak PKR… tiba-tiba kecewa dengan bekas pemimpinnya yang dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab buat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berkaitan pemecatannya.

Silap-silap Khalid boleh tanya balik… kira engkau punya kecewa saya…aku punya kecewa macam mana?

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin berkata Khalid seharusnya menghormati keputusan parti yang mahukan beliau unuk berundur lebih awal sebelum konflik itu semakin memuncak.

Bagaimanapun beliau menyifatkan masalah dalaman membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor itu sebagai satu proses mendewasakan pentadbiran parti dan tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat.

“Secara peribadinya kami kecewa dengan tindakan Khalid. Kita telah berikan peluang melalui pentadbiran negeri dan pimpinan parti. Beliau kena faham apabila parti suruh berundur maka beliau perlu berbuat demikian. Kami sedih tapi kena teruskan dan hadapi situasi ini,” katanya di sidang media Kongres Wanita PKR di Stadium Malawati Shah Alam Jumaat.

Minggu lalu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan laporan kepada RoS, mempersoalkan kesahihan tindakan PKR memecat beliau daripada parti itu.

Dalam laporannya Khalid mahukan RoS menyiasat sama ada Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat PKR mencabuli perlembagaan parti apabila memecatnya.

Beberapa media melaporkan sekiranya RoS mendapati PKR melanggar perlembaaan, parti itu boleh dibatalkan pendaftarannya dan diisytiharkan haram.

Khalid dipecat oleh PKR namun Sultan Selangor mengekalkannya sebagai Menteri Besar setelah menerima perakuan bahawa beliau masih punya majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selepas mendapat mandat, Khalid memecat kesemua enam exco DAP dan PKR namun kekalkan empat exco PAS.

No comments: