Beliau akan dihadapkan ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
PETALING JAYA: Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Anggota Parlimen Padang Serai N. Surendran, peguam Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Fitnah 2.
Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok, Selasa 19 Ogos jam 9 pagi di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Terdahulu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bersama 15 individu hari ini mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Surendran yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Najib.
Adun Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria berkata tindakan anggota Parlimen daripada PKR itu dilihat bertujuan menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman negara ini.
“Polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas Surendran yang telah membuat tuduhan melampau terhadap perdana menteri dalam kenyataannya di Istana Kehakiman, Putrajaya baru-baru ini.
“Kenyataan beliau juga memberi maksud seolah-olah perdana menteri telah menyalahgunakan kuasa sehingga menyebabkan pertuduhan ke atas (ketua pembangkang) Anwar,” katanya dalam satu kenyataan media.

No comments:
Post a Comment