Jeg Hui, The Malaysian Insider
Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama II pernah berkata “There is no short-cut to peace” (tidak ada jalan pintas untuk keamanan) apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan kenaikan taraf Palestin sebagai ahli pertubuhan itu.
Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan Palestin diterima dunia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan ini ditentang hebat Israel dan kuncunya Amerika Syarikat.
Tanggal 17 Ogos 2014. Sebenarnya hari itu adalah hari yang pahit buat Malaysia. Sama ada rakyat mahu sedar atau tidak, terpulanglah kepada mereka.
Bagi saya, tarikh ini sangat menduka-citakan sehingga air mata jantan ini menitis mengenangkan perbuatan segelintir pemimpin.
Sudahlah Dato’ Menteri Besar Selangor dikhianati dan dizalimi, PAS yang kononnya menegakkan keadilan dan kebenaran atas nama Islam gagal dalam ujian integriti yang Allah SWT berikan.
Tan Sri Khalid Ibrahim kini seorang diri dalam menegakkan yang benar tentang dirinya.
Alim ulama berjanggut, bermisai, berserban yang sebelumnya mempertahankan beliau berubah fikiran dalam masa yang singkat.
Hanya kerana Khalid tidak lagi bersama Pakatan Rakyat. Eh, tidak tahu lagikah? Khalid dibuang parti secara tidak adil kerana tidak diberi peluang memperjelaskan apa-apa pun.
Bukannya dia sendiri yang mahu tinggalkan Pakatan Rakyat.
Saya yang beribu batu jauhnya pun boleh merasakan betapa ruginya PAS setelah menolak peluang untuk bersatu demi Islam dan Malaysia.
Mungkin ada yang kata saya ini isti’jal (tergesa-gesa) dalam mahukan keamanan negara melalui kesatuan ummah. Ingat, Obama berkata “there is no short-cut to peace”.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila disuruh jangan isti’jal adalah kata-kata Barack Obama yang zalim terhadap rakyat Palestin ini.
Bagi saya, “Peace should be made as a priority and there is ALWAYS a short-cut to peace” (Keamanan itu adalah utama dan jalan pintas SENTIASA ada untuk keamanan).
Jadi, apa kena-mengena keputusan PAS dengan keamanan Malaysia yang saya mahukan?
Tidak tahulah bagi anda tetapi tidak jemukah soal-soal agama dan perkauman dijadikan alat bagi memecah-belahkan rakyat Malaysia?
Tidak pernah sebelum ini laungan azan masjid dipersoalkan, lembu dijadikan sembelih korban boleh menjadi kontroversi, kalimah “Allah” dipolitikkan, masjid, gereja, kuil Hindu dan Buddha dibakar, kepala lembu dijaja bagi mencabar rakan beragama Hindu, Ramadhan dipelawa dengan bak kut teh, pemimpin menyokong umat Islam diberikan kebebasan murtad, yang berbangsa India dipanggil “Peria”, yang Cina dipanggil babi, yang Melayu dipanggil orang hutan, agama Kristian dipermainkan, kitab bible dijadikan wadah politik, fatwa tentang perkara yang jelas berbeda-beda dan lain-lain lagi.
Saya ini tidaklah begitu tua tetapi sepengetahuan saya, perkara-perkara ini menjadi-jadi apabila rakyat Malaysia tidak bersatu sejak tahun 2008.
Sebelum ini saya ada menulis tentang pentingnya umat Islam bersatu supaya rakyat Malaysia bersatu dan peluang besar ini gagal digenggam PAS.
Katanya Umno itu jahat (PKR tidak jahat), Umno itu kafir (DAP tidak kafir), Umno itu korup (PKR, DAP tidak korup), Umno itu mengamalkan kronisme dan nepotisme (PKR, DAP tidak).
Ketua Umum PKR mahukan isterinya jadi Menteri Besar Boneka Selangor dan sanggup menikam sahabatnya yang saya sendiri akui sebagai menteri besar yang terbaik Selangor pernah ada.
Apa lagi yang tidak jelasnya? Khilaf juga?
Saya tidak setuju dengan kenyataan beberapa pemimpin yang berbaur perkauman.
Umat Islam bersatu tidak bermakna yang bukan Islam akan dihina, dicerca, dihukum, dianak-tirikan sampai tidak boleh “angkat muka”.
Islam mengikut sejarah yang ada tidak pernah melakukan diskriminasi berdasarkan agama dan kaum.
Yang dicanang penulis Barat tentang kezaliman negara Islam berkenaan Jizya (cukai kepada yang bukan Islam) tidak menyebut tentang adanya Zakat (cukai untuk yang beragama Islam).
Nabi Muhammad mengharamkan riba’ kepada penduduk Yahudi dalam negara Islamnya bukan bermaksud diskriminasi.
READ MORE HERE

No comments:
Post a Comment