Surat tersebut tidak menyebutkan secara jelas dan spesifik semua tuduhan yang di kenakan terhadap
saya dan tidak menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti.
PETALING JAYA : Tan Sri Khalid Ibrahim hari telah menjawab kepada surat tunjuk sebab yang diterbitkan oleh Lembaga Disiplin PKR bertarikh 5 Ogos 2014 yang ditujukan kepada beliau.
Di dalam jawapan Khalid, beliau telah menolak surat tunjuk sebab itu atas alasan ianya tidak mengandungi secara jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan juga tidak menyatakan perlembagaan parti yang mana telah beliau langgar.
“Apabila surat tunjuk sebab ditujukan kepada seseorang, ianya harus memenuhi beberapa syarat iaitu dijelaskan secara spesifik tuduhan-tuduhan dan pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan oleh tertuduh,” jelasnya.
“Namun surat yang diterbitkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Tee Kwong ternyata cacat kerana tidak mengandungi butir-butir relevan berkenaan dan memadai untuk membolehkan saya menjawab.”
“Seharusnya surat itu juga menjelaskan perlembagaan parti mana saya langgar dan apakah hukumannya,” kata beliau lagi.
Surat tunjuk sebab itu diterima oleh Khalid semalam di tengah-tengah pergolakan penggantian menteri besar akibat ‘Langkah Kajang’ yang menurut Khalid dilaksanakan tanpa persetujuan beliau.
Jawapan Khalid merangkumi 3 halaman kertas berukuran A4 sambil menambah bahawa beliau akan menunggu surat tunjuk sebab yang ‘sah’ daripada Dr Tan.

No comments:
Post a Comment