Mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di minta untuk menyiasat Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap kes menghina agama atau kaum di negara ini seperti yang didedahkan media tempatan.
Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman, mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.
“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak di ambil sebarang tindakan jika ianya melibatkan orang bukan Islam. Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.
“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang Ketua Polis Negara dan Peguam Negara daripada tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?” soalnya.
Abdullah turut menjelaskan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh akhbar tempatan dan portal media mengenai kes penghinaan terhadap agama yang masih belum diambil tindakan.
“Contohnya seperti pemilik akaun ‘Facebook’ Smallfield Benjamin, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang kesnya sehingga kini masih tergantung, begitu juga kes penyanyi rap Namewee yang sudah lebih tujuh tahun masih tiada tindakan di ambil ke atasnya,” ujarnya.
Selain itu Abdullah turut menerangkan bahawa, Pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya dan pemilik akaun ‘Facebook’ David Orok, pemilik akaun Facebook Kwang Yung, dan yang terkini Kelvin Yap serta ramai lagi yang terlibat masih bebas tanpa di ambil sebarang tindakan.
Dalam pada itu, status 30 laporan polis yang dibuat ISMA ke atas parti chauvinis DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang juga sehingga kini masih tiada maklumbalas mahupun tindakan di ambil oleh pihak yang berkenaan.
“Ini berikutan Lim Kit Siang telah memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran Merdeka sempena ulang tahun pertama PRU13 pada 4 Mei lalu dan ucapan tersebut telah disiarkan di Youtube pada 7 Mei 2014,” katanya.

No comments:
Post a Comment