Share |

Saturday 26 July 2014

Lim Guan Eng dan DAP lebih ekstremis dan rasis?

Tindakan mereka yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu tidak akan disedari dan mereka berjaya melaksanakan agenda mereka itu dalam kita tengah berada di dalam ketaksuban politik

PETALING JAYA: Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Azry Hafify Mustafa berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang dibuai mimpi kerana terbiasa dengan perlakuannya yang ekstremis terhadap kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Hafifiy berkata demikian setelah merujuk sebuah artikel di dalam sebuah portal pro- liberal yang bertajuk ‘Bekas Ketua Hakim penipu, rasis dan ekstremis’.

Guan Eng telah mengecam kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid yang menyatakan agama Islam terancam di negeri tadbiran DAP iaitu Pulau Pinang.

“Satu perkara yang sering dilupai oleh rakyat Malaysia ialah perjuangan utama DAP yang konsisten ingin menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Jadi siapa sebenarnya lebih ekstremis dan rasis?,” katanya di dalam portal ismaweb.net

Tambahnya lagi, kenyataan Abdul Hamid adalah berasaskan fakta. Kita boleh melihat dengan konsistennya pimpinan-pimpinan DAP membuat cadangan serta kenyataan yang ekstremis terhadap kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

“Di dalam sebuah akhbar bertarikh 25 November 1999, Guan Eng yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.

“Beliau telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “Kami masih berpegang dengan pendirian menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum”.

Namun, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil,” jelasnya.

Kedua, kita boleh merujuk kenyataan Guan Eng di dalam akhbar The Star pada 16 Jun 2008 yang bertajuk ‘There’ll be no Islamic State, says DAP’ .

“Artikel di dalam akhbar ini diungkapkan oleh Guan Eng kepada cadangan pemuda PAS untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

“Guan Eng berkata ‘PAS youth’s proposal going against promise’,” ujarnya.

Katanya lagi merujuk pada 1 Julai 2010, 16 buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang dirobohkan untuk membina kediaman berharga RM800,000 sebuah.

“Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang menjadi mangsa.

“Seterusnya, 80 orang peniaga di Batu Feringghi menerima notis untuk merobohkan premis perniagaan mereka sedangkan peniaga Cina begitu ramai berniaga di jalanan tidak pula dikenakan sebarang tindakan.

“Ini adalah suatu pengusiran orang Melayu secara sistematik di Pulau Pinang, namun tidak ramai yang menyedarinya,” jelasnya.

Tindakan-tindakan DAP di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada tindakan mereka yang bersifat ekstremis dan rasis bertujuan menghapuskan kedudukan istimewa Islam dan Melayu di negara ini.

“Jika kita masih menilai sesuatu isu mengikut blok kepartian, kita akan sentiasa memenangkan tindakan salah yang dilakukan oleh ikon politik pujaan kita,” tegasnya.

No comments: