Dari Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof, melalui e-mel
Jika Hinduisme “abang sulung” kepada Islam, apakah “si abang” perlu bertaubat?
Mungkin ramai yang teruja dengan buku “Hinduisme: Agama Tauhid Terawal?” (2014) karya Kamaludin Endol seperti mana ulasan Uthaya Sankar SB bertajuk “Hinduisme, ‘abang sulung’ kepada Islam?” (FMT, 1 Mac 2014).
Ulasan persamaan dan perbezaan ajaran Hindu dan agama Islam bukanlah suatu subjek yang baru bagi para pelajar yang biasa dalam ilmu perbandingan agama. Hal ini telahpun diulas oleh tokoh-tokoh perbandingan agama seperti Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik dan sebagainya serta boleh dibaca dan dilayari secara meluas di alam maya.
Saya bersetuju dengan pujian Uthaya bahawa “Kehebatan Kamaludin ternyata bukan hanya sebagai pengarang kreatif dan buku ‘Hinduisme: Agama Tauhid Terawal?’ menjadi bukti pemikiran kritis beliau dalam meneroka pelbagai sisi yang selalunya jarang berani dijelajah penulis tempatan; khususnya penulis Melayu.”
Namun, saya kurang bersetuju dengan ulasan Uthaya bahawa setiap hujah atau pandangan yang dikemukakan penulis adalah berdasarkan fakta dan maklumat daripada pelbagai sumber yang sahih. Hal ini adalah kerana penulis tidak peka terhadap penggunaan Hadis sehingga mencampur-adukkan ulasan dengan menggunakan Hadis lemah; bahkan Hadis bertaraf palsu dalam cubaan berhujah.
Buku kajian separa akademik ini juga diakui oleh penulis sebagai hanya merujuk kepada rujukan sekunder dalam bahasa Inggeris dan hanya banyak merujuk pada kitab “Ihya Ulumuddin” oleh al-Imam al-Ghazali rahimahullah sebagai rujukan tunggal dalam mengulas hampir semua aspek hipotesis yang dibawa.
Rujukan tunggal terhadap kitab Ihya dalam hampir semua aspek ulasan mengingatkan saya terhadap komentar Imam Ath-Thurthusi (520H) terhadap kitab Ihya dalam suratnya kepada Abdullah bin Al Muzhaffar:
“Sebahagian besar orang yang mencintai kitab ini dengan kecintaan yang berlebih-lebihan adalah orang-orang soleh (ahli ibadah) yang tidak memiliki pengetahuan tentang kewajiban-kewajibannya terhadap akal dan dasar-dasar agama, tidak memahami (konsep-konsep) ketuhanan dan tidak mengetahui hakikat sifat-sifat (Allah).”
Seperti mana kepercayaan bahawa ajaran agama asal yang dibawakan oleh Nabi Isa AS (Jesus) disalah tafsir dalam agama Kristian, kandungan buku ini juga menghidangkan hipotesis bahawa Hinduism asalnya merupakan agama tauhid terawal berdasarkan jumlah Rasul pilihan dan Nabi lantikan.
Disertakan juga kenyataan bahawa setiap Nabi dan Rasul telah diberikan dan dikurniakan al-Kitab dan Suhuf. Hanya sahaja ajaran Tauhid dalam ajaran asal Hinduisme telah diseleweng sehingga menyebabkan ajaran Tauhid sebenar telah disalahtafsir oleh para penganut ajaran Hindu.
Pemikiran penulis bercanggah akidah
Antara hipotesis penulis, jika boleh diringkaskan berdasarkan 5 perkara berikut:
1 Hinduisme ialah agama tertua yang dianggarkan melebihi 4000SM.
2 Nabi Adam AS diturunkan di bumi India dan berada di sana selama 100 tahun sebelum mengharungi Lautan Hindi dalam pencarian cinta terhadap isterinya, Siti Hawa.
3 Istilah Hindu difahami sebagai Sanatara-Dharma – “agama yang abadi” atau “agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan”.
4 ‘Sruti’ bagaikan menyamai tradisi penurunan wahyu sementara ‘smirti’ menghampiri tradisi Hadis dan Sunnah Rasul.
5 Hinduisme juga agama yang diturunkan dari langit dan bukannya agama budaya.
Dalam pada mencari unsur Tauhid dalam ajaran Hindu, saya berpandangan bahawa penulis dalam tulisannya turut mempromosi pemikiran tasawuf ahli al-Tajalli wal-Zahir wal-Hadarat atau lebih dikenali sebagai Wahdatul Wujud dengan meluas dalam buku ini.
Pertentangan pemikiran ini dengan ahli zahir syarak memang tidak asing lagi kerana pemikiran jenis tasawuf yang kabur ini sukar difahami dan tiada asal dan dalil syarak yang jelas.
Seorang Muslim wajib beriman/beriktikad bahawa hanya agama Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama yang diajarkan Nabi Muhammad SAW dan para nabi sebelum baginda. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi.” (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Namun, sayang kerana tiada satu pun petikan ayat Quran ini diguna pakai dan/atau diulas dalam mengingatkan para pembaca akan kepentingannya.
Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang para penganut agama lain yakini. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Barangkali jika buku ini diteliti pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), bukan isu unsur Tauhid dalam ajaran Hindu yang bermasalah, tetapi unsur pemikiran tasawuf Wahdatul Wujud yang jelas bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang perlu ditelusuri.
Buku ini dipromosi dan dijual kepada umum, maka saya beranggapan kesilapan yang tersebar secara umum mesti juga diperbetulkan dengan sebaran umum juga (menerusi surat ini) supaya masyarakat khususnya para pembaca boleh menilai perkara yang betul dan salah dengan lebih tepat.

No comments:
Post a Comment