Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain dan mendapat 32 ‘Like’
PETALING JAYA: Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia.
Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen “Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!”.
Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 ‘Like’.
Salah seorang pengguna Facebook, Mazlan Harun membantah posting yang dikeluarkan oleh pengendali halaman ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ dengan menulis komen “apa la!!!! admin ni ! tidak baik kutuk-kutuk agama orang! Nanti diri sendiri yangg dapat musibah!”
Bagi pengguna Facebook Munirah Murad pula, beliau membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali halaman tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut cuba memainkan sentimen menghina kaum lain dengan membalas kenyataan “Kau kenapa admin? itu agama masing-masing, ikut diaorang lah.. kau ni agama apa ya?? Atau saja nak memecah belahkan kaum ni?”
Malah, Dineshwary Dinesh yang juga merupakan pengguna Facebook berbangsa India turut tidak bersetuju, “Kau orang boleh sembahyang, kita orang tidak boleh sembayang ikut adat kita ke? siapa keling bodoh kalau berani cakap depan kaum kita, tengok diri sendiri dulu, ini nak sebuk pasal orang lain pulak…”
Manakala bagi pengguna Facebook Raj Kumar Subramanian, beliau membantah perkara tersebut dengan menulis komen, “ Deyyyy…. bila masa laa Malaysia boleh satu hati….. biar kerajaan berpecah belah.. janganlah kita….. kalau ada lagi orang macam lu…. habis laaa Malaysia…”
Bagi Prem Prabha, beliau menyifatkan admin page tersebut sebagai individu yang tidak bijak dan seorang yang rasis.
“Bodoh punya pengendali halaman 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek, jangan malukan Islam! sebab orang bodoh macam kau orang lain pandang rendah pada agama Islam, ‘sorry to say my Malay friends’, saya hairan ada lagi orang rasis macam ini dalam dunia moden ini dan saya ada ramai kawan-kawan melayu dan kawan kawan-kawan Islam dari Yemen dan Somalia, saya memang respect kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya semua yang selalu sembayang lima waktu dan yang betul-betul mwngikut ajaran Islam. Memang jauh berbeza admin ‘page’ ini dengan kawan-kawan saya. Kepada admin page ini, ‘you are fail as a muslim’. Your god is watching you. Tuhan itu adil, kamu pasti akan terima balasan daripada tuhan kamu,”

No comments:
Post a Comment