Share |

Thursday 24 April 2014

‘Jangan dikelilingi pembodek dan pendamba kuasa’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa tindakan itu hanya akan menyebabkan kejatuhan pemimpin berkenaan.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini menegaskan bahawa mereka yang berkuasa tidak boleh dikelilingi oleh mereka yang mendambakan kuasa.

“Pembodek di antara penasihat dan orang keliling inilah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir,” kata Dr Mahathir dalam laman rangkaian sosial, Facebook.

Beliau turut menyatakan bahawa mereka yang berkuasa perlu menerima teguran terutamanya dari pihak ketiga.

“Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan sasaran tegurannya.

Mahathir menambah bahawa kumpulan orang di sekeliling orang yang berkuasa akan mempengaruhi dan memperalatkan individu berkenaan untuk kepentingan diri.

Pada masa sama beliau menambah bahawa teguran pihak ketiga perlu diambilkira kerana ia mewakili kepentingan rakyat.

Dr Mahathir turut berkata bahawa orang yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan kuasa.

“Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa,” tambahnya.

No comments: