Share |

Thursday, 27 February 2014

Pelajar dakwa guru pukul dengan kasut

Tidak memberi tumpuan ketika pendidikan jasmani.

School student (2)PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa seorang guru sekolah menengah di Pulau Carey memukulnya menggunakan kasut kerana didakwa tidak memberi tumpuan ketika pendidikan jasmani.

Sebuah NGO iaitu Pertubuhan Progresif Tamilar Malaysia memberitahu perkara ini dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden NGO itu, M.A. Kalaimugilan berkata, beliau bertindak pantas setelah mendapat tahu perkara itu.

“Phak kami bersetuju dengan tanggungjawab seorang guru untuk menghukum seorang pelajar , tetapi ini bukan caranya.

“Penghinaan seperti ini sudah pun telah menjadi trend bagi masa sekarang kerana masalah seperti ini sering berlaku di banyak sekolah,” kata Kalaimugilan kepada FMT.

Tambahan pula, pihak pengurusan sekolah juga mengaku bahawa tidak ada tindakan tatatertib kerana guru berkenaan telah memohon maaf kepada pelajar, kata kalaimugilan yang mereka melawat pengurusan sekolah untuk penjelasan semalam.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak mahu `mohon maaf’, tetapi tindakan berat perlu diambil ke atas guru berkenaan.

“Bukan sekadar penukaran sekolah guru, atau mohon maaf, supaya masalah ini akan menjadi satu pengajaran bagi semua guru guru sekolah,” katanya lagi.

Kalaimugilan juga menambah, penghinaan seperti ini, mungkin akan menjejaskan pelajar dan keluarga pelajar dari segi mental .

Pengurusan sekolah juga berjanji supaya akan membawa pergi isu ini kepada perhatian pejabat pendidikan daerah (PPD).

School student (1)“YB P Kamalanathan (Menteri Pelajaran) mungkin ada ciri-ciri untuk memaafkan sesiapa, tetapi kami sebagai NGO tidak boleh lagi memaafkan mana-mana pihak yang bersalah.

“Kami juga menuntut Kamalanathan sebagai menteri pelajaran bertanggungjawab untuk mengambil tindakan ke atas guru berkenaan kata Kalaimugilan.

Beliau juga telah menghantar memo kepada PPD, Kementerian Pelajaran melalui email dan jika pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan masalah, mungkin rakyat sendiri akan turun untuk bertindak.

Kata Kalaimugilan. tujuan penglibatan NGO adalah untuk menjaga kebajikan, hak pelajar-pelajar.

Beliau menambah, NGO itu mempunyai rakaman video mangsa pelajar, dan rakaman video perbincangan dengan pihak sekolah.

No comments: