Share |

Sunday 9 February 2014

Mapim kecam NGO Islam `ancam’ pemimpin DAP


Orang Islam tidak memerlukan NGO-NGO seperti ini, mereka tidak boleh mendakwa mewakili orang Melayu dan Islam.

PETALING JAYA: Sebuah NGO Islam – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak dan mengecam tindakan beberapa NGO Islam lain yang menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar pemimpin DAP, Teresa Kok.

NGO berkenaan melakukannya sebagai tanda mara marah kepada pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

“Orang Islam tidak memerlukan NGO-NGO seperti ini, mereka tidak boleh mendakwa mewakili orang Melayu dan Islam.
“NGO ini menghalalkan perbuatan batil untuk mencapai matlamat yang yang sah tetapi cara ini tidak boleh dibuat,” kata presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas supaya ia tidak menjadi bom jangka dan seterusnya mencetuskan keganasan.

Beliau menambah, tindakan NGO berkenaan, Islam melarang umatnya membuat kemudaratan, apatah lagi jika berlaku kemudaratan kaum.

“Kalau hendak berjuangan jangan lalukan yang tidak senonoh, ini bukan islam dan tapi emosi. Ini bukan cara Islam, pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan, boleh jadi bom paksa, kita bimbang pihak lain akan cetuskan tindakan balas,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Mohd Azmi kerana bertindak menangani isu seperti itu secara berat sebelah menyebabkan ia semakin menjadi-jadi.

Katanya, tindakan kerajaan membiarkan kumpulan pro kerajaan melakuakannya tanpa sebarang tindakan telah menyebabkan mereka tidak takut mengulanginya.
“Kalau kumpulan pro pembangkang, tindakan cepat diambil, akhirnya tercetuslah perkara yang tidak diingini,” beliau menambah.

Tindakan melampau

Sehubungan itu Mohd Azmi menginggatkan organisasi yang mahu membela Islam supaya tidak bertindak melanggar undang-undang .

Kita tidak mahu orang bukan Islam marah terhadap tindakan yang melampau itu, katanya.

“Walaupun berapa banyak kita marah ia tidak boleh jadi alasan sehingga bertindak dengan tidak wajar,” katanya lagi.

Kelmarin, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Jemaah Islamiah menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa .

Mereka mendakwa ahli parlimen Seputeh menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Mereka melumurkan darah ayam itu ke atas kain rentang yang terdapat gambar Kok, Lim Guan Eng, , Lim Kit Siang dan Adun Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.

Bagaimanapun, Teresa yang juga ahli parlimen Seputeh telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee, Kuala Lumpur.
Beliau menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan itu kerana ia membabitkan keselamatan dirinya.

No comments: