Share |

Tuesday 21 January 2014

Perkasa kata sensitiviti umat Islam perlu dihormati

Penganut agama lain dilarang menggunakan kalimah Allah.

PETALING JAYA: Perkasa menjunjung kasih yang tidak terhingga atas titah Yang Dipertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, penganut agama lain dilarang menggunakan kalimah Allah.

“Sensitiviti umat Islam perlu dihormati dan ini adalah amalan di Persekutuan Tanah Melayu zaman berzaman dan Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau berharap dengan titah ini semua pihak menghormatinya dan ianya akan membantu keharmonian kehidupan seluruh rakyat Malaysia.

“Sebelum ini Raja Raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri telah bertitah yang sama dengan tegas dan jelas,” kata beliau.

Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana pihak yang menggunakan kalimah Allah seperti yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini.

“Konsep 1Malaysia bukannya Malaysian Malaysia tetapi bertunjang kepada asas perlembagaan negara,” katanya lagi

No comments: