Share |

Saturday 25 January 2014

Assembly law gives ‘life’ to rally rights, court told


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_DrMahathir_zps0f1f1e94V. Anbalagan, TMI

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam dan percubaan pihak tertentu untuk memperkenalkan penggunaannya di semenanjung dalam Bible berbahasa Melayu adalah bagi memuaskan agenda tersendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata sehari selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan semalam Kabinet kekal dengan penyelesaian 10 perkara, perkataan Arab tersebut tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian sebelum kedatangan Islam 1,400 tahun dahulu.

“Ia tidak pernah digunakan dalam Bible, tidak kira dalam bahasa apa sekali pun,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, kalimah Allah juga digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengkristiankan umat Islam.

“Saya berpandangan kalimah Allah adalah hak orang Islam, tidak bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, semasa menjadi perdana menteri dahulu, beliau menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang konflik.

“Dulu kita dapat selesaikan, tiada masalah. Jadi mengapa sekarang?” katanya.

Dr Mahathir berkata, pihak berkuasa mesti memastikan Bible dalam bahasa Melayu hanya terhadap digunakan di Sabah dan Sarawak supaya tidak terlepas kepada umat Islam di Malaysia.

No comments: