Share |

Wednesday 4 December 2013

GLC digesa bantu Bumiputera

Penubuhan GLC adalah bertujuan untuk membantu memperkasakan golongan Bumiputera, bukan sekadar untuk mengaut keuntungan

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) digesa untuk membantu memperkasakan golongan Bumiputera.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Gulam Muszahar Gulam Mustakim berkata detika ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno dalam perhimpunan Umno hari ini.

Jelasnya, penubuhan GLC adalah bertujuan untuk membantu memperkasakan golongan Bumiputera, bukan sekadar untuk mengaut keuntungan.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti bahawa Petronas menggunakan syarikat milik warga asing sebagai pembekal makanan tempatan di kedai runcit stesyen-stesyen minyaknya.

“Saya ada bukti surat dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Melayu bahawa Petronas bawa syarikat tempatan milik warga asing sebagai rakan niaga oleh Petronas Dagangan Bhd,” katanya.

Gulam Muszahar menyifatkan perkara itu sebagai ‘rompakan’ keatas hasil pendapatan pengusaha makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan akan membunuh IKS.

“Ini dasar kapitalis, hanya untuk mengaut keuntungan,” jelasnya lagi sambil menambah syariakt-syarikat milik warga asing ini tidak mempunyai kredibiliti untuk menyediakan sajian makanan tempatan.

Disamping itu, Gulam Muszahar turut menyarankan jabatan-jabatan khas diwujudkan di GLC-GLC bagi membantu kelangsungan perniagaan Bumiputera.

No comments: