Share |

Wednesday 25 December 2013

Beri lesen judi kepada Bumiputera Bukan Islam

Sudah tentu ramai Bumiputera Sabah dan Sarawak yang berkemampuan untuk mengendalikan kelab-kelab judi yang begitu banyak di Sabah.
COMMENT

Saya begitu tertarik dengan cadangan seorang bekas menteri kabinet supaya kerajaan yang amalkan konsep “economic liberalisation” memberi peluang kepada peniaga Melayu dalam perniagaan judi dan perniagaan hiburan.

Datuk Zaid Ibrahim berkata dengan menghadkan perniagaan orang kepada perniagaan halal sahaja menyebabkan orang Melayu terlepas peluang mendapatkan peluang keuntungan yang lebih besar hasil daripada pemberian lesen judi dan hiburan.

“Keuntungan yang besar itu digunakan membeli hartanah, hotel, resorts di Kuala Lumpur dan Singapura. Manakala orang Melayu begitu sukar untuk membeli tanah dan rumah dalam bandar.” katanya lagi.

Cadangan Zaid itu bagaimanapun mendapat kecaman hebat daripada pemimpin-pemimpin Umno. Mereka dengan tegas berkata pemberian lesen judi dan lesen hiburan tidak boleh diberikan kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan hukum Islam.

Saya setuju dengan Zaid, dan saya selalu berhujah bahawa peluang perniagaan judi dan hiburan adalah peniagaan yang begitu menguntungkan dan tidak seharusnya diberikan kepada peniaga-peniaga kaum Tionghua sahaja. Dari segi pemilikan kekayaan, kaum itu semakin jauh meninggalkan kaum Bumiputera.

Bukan itu sahaja, keuntungan berlipat ganda daripada perniagaan judi adalah sumber dana untuk membina sekolah-sekolah swasta, sekolah-sekolah tuisyen, tadika milik masyarakat Tionghua. Secara langsung dalam bidang pelajaran, mereka juga semakin jauh dihadapan kaum Bumiputera.

Jika perniagaan judi bertentangan dengan Islam, kenapa lesen judi tidak diberikan kepada peniaga Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak?

Sudah tentu ramai Bumiputera Sabah dan Sarawak yang berkemampuan untuk mengendalikan kelab-kelab judi yang begitu banyak di Sabah. Malang sekali lesen-lesen judi jackpot yang berlesen di Sabah dan Sarawak hanya diberikan kepada peniaga Cina.

No comments: