Share |

Saturday 30 November 2013

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kekalahan Batu Putih

Pendedahan yang dibuat Mat Zain itu amat serius melibatkan kepentingan dan maruah negara.

PETALING JAYA: Perkasa mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, kerajaan perlu membuat rayuan segera kepada Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Sehubungan dengan itu beliau meminta bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

“Susah sangat ke beliau mahu buat laporan polis?” soal beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan polis tidak boleh menyiasat kecuali Mat Zain buat laporan polis sedangkan menurut Mat Zain beliau tidak perlu buat laporan polis kerana polis boleh siasat mengikut peruntukan undang-undang polis yang ada mengenai akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpahnya, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman itu mendakwa kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Putih kerana Peguam Negara ditawarkan rasuah berjuta ringgit.

Mat Zain juga mendakwa akuan bersumpahnya itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Persoalannya kenapa Mat Zain sendiri tidak buat laporan polis?
Kalau sedia buat akuan bersumpah, apa susah sangat nak buat laopran polis/” soal beliau.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata pendedahan yang dibuat Mat Zain itu amat serius melibatkan kepentingan dan maruah negara.

Katanya, ianya juga tuduhan membabitkan integriti Peguam Negara.

“Sama ada betul atau tidak tuduhan Mat Zain itu tidak ada siapa yang dapat sahkan. Maka cara terbaik Mat Zain kena bertanggungjawab buat laporan polis,” katanya lagi.

No comments: