Rakyat Sabah telah menolak pembangkang termasuk Pakatan Rakyat (PR). Rakyat Sabah tidak mahu.
KOTA KINABALU : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menempelak pembangkang dengan berkata slogan mereka “ini kalilah” telah bertukar menjadi “tak payahlah” atau “lain kalilah” selepas rakyat Sabah menolak mereka dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
“Rakyat Sabah telah menolak pembangkang termasuk Pakatan Rakyat (PR). Rakyat Sabah tidak mahu,” katanya.
Pada pilihanraya Mei lalu PR menang 11 daripada 60 kawasan Dewan Udangan Negeri Sabah dan tiga daripada 25 kerusi Parlimen. Parti Reformasi Negeri (Star) pula menang satu kerusi negeri.
Muhyiddin berkata sokongan rakyat itu akan memantapkan lagi usaha kerajaan membangunkan negara termasuk di Sabah yang turut menerima pelbagai program pembangunan agropolitan, mini estet sejahtera, perumahan, program usahawan Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan bermacam lagi bantuan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan para usahawan dan kontraktor bumiputera sempena memperkasa ekonomi bumiputera di sebuah hotel di sini hari ini. Beliau dalam lawatan dua hari Sabah bermula hari ini, isnin.
Seperti biasa, Timbalan Presiden Umno itu juga berkata hanya kerajaan Barisan Nasional yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat Sabah dan ini terbukti dengan pencapaian meningkatkan pendapatan isi rumah di Sabah berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.
Beliau juga mengulangi penurunan kadar kemiskinan di Sabah sudah berjaya diturunkan dari 19.7% dalam tahun 2009 kepada hanya 8.1% pada tahun lalu.
“Mungkin sekarang kadar kemiskinan hanya 4% dan tak lama lagi boleh turun lagi kepada hanya 1%,” katanya sambil memuji pelbagai program anjuran kerajaan yang telah membantu menurunkan kemiskinan di seluruh negara.
Muhyiddin memuji program 1Azam yang mensasar bantuan kepada semua isi rumah miskin yang dimulakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat tidak lama dahulu.
“Program 1Azam ini dimulakan oleh Datuk Seri Sharizat Jalil dan ia telah terbukti amat berkesan mengeluarkan isirumah dari kemiskinan di seluruh negara,” katanya.
Sebelum itu beliau berkata sambil separuh berseloroh,beliau gembira kerana tidak perlu lagi berkempen untuk dirinya dalam pemilihan Umno bulan depan ini.
Muhyiddin dan juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah pun menang tanpa bertanding jawatan masing-masing dalam parti tertua Malaysia itu. Seloroh Muhyiddin itu dilihat sebagai “membantu” Sharizat yang akan dicabar jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan Oktober ini.
Kebetulan agak ramai juga wanita Umno turut hadir pada perjumpaan hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang itu. Muhyiddin gembira sambutan hangat majlis berkenaan yang pada awalnya hanya untuk 400 orang tetapi kemudian memaksa penganjur menggunakan ruang legar apabila balai utama hotel berkenaan penus sesak.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wahid Omar dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan.

No comments:
Post a Comment