Kedua-duanya, sekarang merupakan ahli PAS, mendakwa penyingkiran 61 orang itu daripada senarai Pilihan Raya 2013 Umno mencerminkan budaya naungan parti Melayu itu masih kuat walaupun cuba untuk memprojekkan imej reformis.
“Kami diyakinkan tiada masa depan dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik sedia ada. Umno ketinggalan dari ombak perubahan negara dan global.
“Langkah 61 orang ahli Umno untuk bertanding sebagai calon bebas membuktikan ini. Kami yakin kamu adalah sebahagian dari mereka yang berani mengatakan tidak kepada kepimpinan tertinggi Umno,” kata kedua-dua pemimpin itu dalam satu kenyataan bersama.
Muhammad, bekas menteri besar Selangor dari 1987 hingga 1997, hadir ke sidang akhbar itu sebentar dan kemudian meninggalkannya tanpa bercakap kepada pemberita disebabkan terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan.
Tamrin yang membacakan kenyataan di ibu pejabat PAS di sini mendakwa angka besar tidak dijangka melawan parti dengan bertanding sebagai calon bebas menunjukkan kemarahan meluas dalam parti itu.
Anak kepada bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa pergolakkan dalam parti Melayu tunjang Barisan Nasional (BN) itu akan melemahkan kempen gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
"Di atas nama ‘calon boleh menang" semuanya boleh dilakukan. Mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai kepentingan semuanya dipilih kerana kepentingan sesetengah kem atau fraksi," katanya.
Semalam lembaga disiplin Umno mengumumkan pemecatan 61 orang ahli kerana mensabotaj parti menjelang pilihan raya 5 Mei.
Di antara yang berada dalam senarai adalah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas ahli majlis tertinggi Datuk Seri Shariff Omar yang mencalonkan diri mereka sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.
Tamrin mengatakan pemecatan Kamilia dari Umno adalah mengejutkan akan tetapi tidak memeranjatkan oleh kerana beliau mengkritik kepimpinan parti semasa skandal "lembu" yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil heboh.
"Beliau adalah naib ketua Wanita tetapi tidak dicalonkan. Mengapa? Kerana beliau kritikal kepada kepimpinan parti di mana ianya memang patut dilakukan," katanya.
Bekas ahli Parlimen dari Melaka itu mendakwa, seorang bekas ahli majlis tertinggi Umno telah memberitahunya, mereka yang dipecat semalam mungkin akan menyertai PAS dan akan menyokong pembangkang pada 5 Mei.
"Bekas ahli majlis tertinggi Umno memberitahu saya mood tidak baik sama sekali."
Semalam, PAS mengumumkan keahlian Muhammad dalam langkah yang dilihat meningkatkan peluang PR untuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya akan datang.
No comments:
Post a Comment