Share |

Tuesday 12 March 2013

NGO mahu Najib boikot Sri Lanka


Sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan ini, pimpinan Najib akan tumbang dalam pilihan raya umum ke 13

PETALING JAYA: Sebuah NGO tempatan iaitu Angkatan Kemajuan Tamil meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memboikot kerajaan Sri Lanka yang didakwa `membunuh kanak-kanak dan wanita Tamil’ di negara itu.

“Kerajaan juga perlu memboikot Sukan Komanwel yang akan diadakan di Sri Lanka sebagai tanda Malaysia tidak menyokong perlanggaran hak asasi manusia, pembunuhan kejam terhadap masyarakat awam yang tidak bersalah,” kata Presidennya, M.A Kalaimugilan.

Katanya, kerajaan juga perlu menghentikan hubungan ekonomi dengan Sri Lanka dan mengisytiharkan sekatan ekonomi sebagai tanda menghormati masyarakat Tamil.

Beliau mendakwa, tuntutan tersebut selari dengan tuntutan masyarakat Tamil di Malaysia.

Katanya, untuk itu kerajaan perlu menghormati perasaan dan kehendak pengundi Tamil yang berada di negara ini.

Beliau menambah, sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan ini, pimpinan Najib akan tumbang dalam pilihan raya umum ke 13.

“Kami akan berusaha untuknya (menumbangkan BN),” tambah beliau.

No comments: