Share |

Saturday 2 March 2013

Insiden Lahad Datu: Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara?


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

1 MAC 2013

INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM

44 comments:

Anonymous said...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman today advised the people to remain calm and to ignore rumours and invalid information circulating in the social media about the firefight between the security forces and the armed intruders in Kampung Tandou, Lahad Datu.

Anonymous said...

Musa Aman said what was important now was to avoid anything that could worsen the situation.

Anonymous said...

“The authorities will provide detailed information about the incident from time to time,” he said in a statement here today. On behalf of the state government and the people of Sabah, Musa also extended his condolences to the family of the commandoes who were killed in the firefight today.

Anonymous said...

“Indeed, we are sad and we feel sympathy, but at the same time we also appreciate the deeds and sacrifices made by our security forces in defending the sovereignty of our country,” he said.

Anonymous said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today confirmed that the group of armed intruders in Lahad Datu, in the Malaysian state of Sabah had fired shots first at Malaysian security forces after they had advanced 1.5 kilometres from where they had camped earlier. So far, two Malaysian police commandoes were killed, while three soldier were injured. Najib also confirmed that 10 to 12 intruders were also killed in the incident.

kim said...

ucapan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu....

sanju said...

Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh mana-mana pihak

Anonymous said...

keselamatan rakyat juga perlu diambilkira untuk mengelakkan kejadian penculikan untuk dijadikan tebusan berlaku

Anonymous said...

semoga langkah-langkah kawalan keselamatan di perairan Sabah diperketatkan lagi supaya kejadian pencerobohan ini tidak berulang semula

Anonymous said...

marilah kita semua berdoa akan keselamatan penduduk sekitar Lahad Datu ini dan rakyat Sabah senantiasa terjamin

Anonymous said...

The government has done its best.

Anonymous said...

Teruk la macam ni.

gary said...

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal urged the people, especially in the East Coast of Sabah, to stay calm and not be affected by any negative remarks by the opposition.

Shafie regretted a statement given by Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Tian Chua who allegedly linked the shooting incident in Lahad Datu to a conspiracy hatched by the Umno government to divert attention and frighten the people.

gary said...

He described Tian Chua’s statement as a “fairy tale” which tends to confuse the people.

Strictly, action should be taken by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak against Tian Chua for his irresponsible remarks.

gary said...

“However, I hope the people in the east coast would not feel worried in carrying out their daily life while the security forces are still striving to control the situation and monitor our borders.

“We should have confidence in the security officers in enhancing the security level in the east coast of Sabah. All of us should understand the recent situation well without being easily influenced by any rumors made by the opposition. The government will responsible in solving this matter immediately to avoid any further bloodshed,” Shafie told the media after launching Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair at Tawau community hall here yesterday.


gary said...

Shafie also expressed condolences to the families of the two Malaysian commandos who were killed in the firefight in Lahad Datu.

The two-day job fair which ends today at Tawau community hall here involved 65 local and private companies, which offer a total of more than 3,000 job opportunities.

gary said...

The event is organized by Central BN Youth and Tawau BN Youth to provide more job opportunities as well as counseling and financial support to job seekers.

It was learnt that about 8,000 people visited the fair yesterday.

Also present were Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Assistant Infrastructure Development Minister Datuk Pang Yuk Ming, Sebatik Assemblyman Muis Picho, Tanjung Batu Assemblywoman Datuk Hamisa Samat and other invited local leaders.


raymond said...

The government has never tried to hide any information on the armed intrusion in Lahad Datu and nearby areas, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

raymond said...

The prime minister said as usual, the government would take a little time to obtain complete information on any incident before disseminating that information.

"That is why we did not release the information (on the Lahad Datu incident) earlier...we waited a little.

"We were not covering up and not wanting to tell the people. We needed to give a clear and accurate picture. We didn't want to be hasty in releasing information.

"We don't want to be accused of scaring the public. We wait for a clear picture.

raymond said...

"I have directed the Inspector-General of Police and Malaysian Armed Forces chief to make statements when there is enough information," he said after opening the main campus of Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) in Pauh, near here, Sunday.

Najib said he believed the people understood this, and that the government was on the right side.

"We have all this while taken care of the sovereignty, peace and security in Sabah and elsewhere in the country," he said.

raymond said...

On the incident where scores of residents beat up to death a man armed with an M16 and believed to be involved in the ambush that killed a police officer and four policemen in Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna lSaturday night, Najib aid it showed the people's anger with the group of armed intruders.

"They had acted on their own to save villagers who were held hostage. They showed extraordinary courage. They were opposed to the armed intrusion and acted without fear of losing their lives," he said.

Anonymous said...

Rakyat dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap semuanya bersabar.

Anonymous said...

Rakyat perlu percaya kepada pihak berkuasa kita, tidak ada gunanyan kita menuding jari kepada kerajaan dan sistem pertahanan negara. Diharap rakyat bersabar kerana isu ini pasti dapat diselesaikan. Jangan terlalu mempercayai khabar angin yang disebarkan.

Anonymous said...

Pihak pembangkang juga cuba untuk memainkan isu ini dan cuba menyalahkan kerajaan atas apa yang telah berlaku. Sememangnya pembangkang tidak pernah memikirkan tentang keselamatan raktyat. Pembangkang tidak memikirkan tentang mereka yang telah berkorban kerana mereka masih lagi cuba menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku.

Anonymous said...

Fikirkan lah disaat pejuang kita menempuh masa-masa sukar di Lahad Datu, pembangkang sikit pun tidak memberikan sokongan mereka kepada pejuang-pejuang kita. Ternyata sikap mereka tidak sesuai untuk mentadbir negara.

Anonymous said...

Oleh yang demikian berikanlah sepenuhnya sokongan kepada pihak berkuasa dan berdoalah agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

xavier said...

Dalam keadaan yang agak tegang ini tidak hairanlah jika perasaan kita dipenuhi dengan ketakutan. Namun untuk menyalahkan/ menunding jari pada kerajaan juga tidak membantu apa-apa.

xavier said...

Kalau semua perkara pun mahu dipolitikkan entah bila lah baru mahu selesai?

Anonymous said...

Ceroboh Lahad Datu: Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi " oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.

"Saya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan.

"Yang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini, Isnin.

Anonymous said...

Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.

"Saya harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian...itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya sambil menambah bahawa beliau akan pergi ke Lahad Datu esok untuk melihat keadaan di sana.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.

Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.

"Saya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.

"Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita...ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita," katanya.

Anonymous said...

Ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara.

"Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban "walau apa jua sebabnya" di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.

"Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini," katanya.

Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.

Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan.

Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di "Youtube", beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.

Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - BERNAMA

mantera said...

kerajaan tak ambil mudah pun, kerajaan kini bersungguh memastikan keselamatan negara terjamin.

Anonymous said...

Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan serangan di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.Ketua Menteri Datuk, Seri Musa Aman berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet negeri akan datang.

Anonymous said...

Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan serangan di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.Ketua Menteri Datuk, Seri Musa Aman berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet negeri akan datang.

Anonymous said...

"Semua mereka yang terkorban akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi menolong keluarga mangsa," katanya.

Anonymous said...

Musa berkata, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Malaysia di Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam insiden di Semporna.
"Kita berasa sedih dengan insiden ini dan bersimpati dengan keluarga mereka.Kita berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi situasi yang sukar ini.

Anonymous said...

Musa turut mengajak semua lapisan masyarakat untuk terus bersatu hati dan mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan.
"Rakyat juga perlu terus memberi keyakinan penuh kepada keupayaan dan kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani situasi ini dan mempertahankan kedaulatan negara selain memastikan keamanan serta keselamatan rakyat sentiasa terpelihara," kata beliau.

Anonymous said...

Sejumlah RM250,000 dikumpul Tabung Wira Lahad Datu Media Prima sejak dibuka Sabtu lalu dalam usaha membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam misi menghalau pengganas di Lahad Datu.

Anonymous said...

Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Datuk Kamal Khalid berkata, jumlah itu hasil sumbangan badan korporat, individu persendirian dan orang ramai yang prihatin dengan kemelut yang melanda.

Anonymous said...

Katanya, pihaknya akan segera mengagihkan bantuan kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban termasuk mereka yang cedera dalam usaha mempertahankan keselamatan negara.
“Kami akan mula menyerahkan bantuan kepada semua keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam misi menghalau pengganas di Lahad Datu,” katanya.

Anonymous said...

Social Care Foundation menyumbang RM160,000 kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban. bagi meringankan beban keluarga mangsa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menerusi tabung itu.

Anonymous said...

Seorang individu yang prihatin menyumbang RM10,000 kepada keluarga perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan negara daripada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Anonymous said...

Luwe Sang Kau, 65, dari Bukit Katil menyampaikan sumbangan itu kepada Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Anonymous said...

"Jasa yang telah dilakukan ini adalah amat besar kerana perwira negara ini sanggup bergadai nyawa demi keamanan negara, kalau tidak ada askar dan polis, saya mungkin tidak ada di sini hari ini," katanya kepada pemberita.

Beliau yang pernah menetap di Lahad Datuk selama enam tahun sejak 1986, berkata sebagai rakyat Malaysia, bantuan seumpama itu amat bermakna kepada keluarga mangsa dalam meringankan beban dan kesedihan yang ditanggung.