Perkasa mengambil pendirian positif kerana isu membabitkan kaum India juga perlu diberi perhatian.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Hindraf boleh bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarat, tidak membuat tuntutan yang melangkaui sensitiviti Perlembagaan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan, perkara itu termasuk hak istimewa Bumiputera dan perkara lain yang membabitkan dasar negara.
“Perkasa mengambil pendirian positif dengan hasrat Perdana Menteri untuk berjumpa dengan pemimpin Hindraf kerana isu membabitkan kaum India juga perlu diberi perhatian.
“Tetapi mereka (Hindraf) janganlah pula buat tuntutan luar biasa nak minta langit, bulan, dan macam-macam,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Pemimpin Hindraf P Uthayakumar dalam responnya dilaporkan menggesa Najib segera menunaikan tuntutan yang diperjuangkan mereka sejak tahun 2007 sebelum bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno itu.
Antara tuntutan yang dikemukakan adalah peluang 10,000 tempat untuk pelajar India di Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta pemberian skim pembangunan tanah rancangan Felda dan Felcra untuk 10,000 kaum India.
Kestabilan politik
Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun optimis dengan langkah rundingan terbabit bagi mengekalkan kestabilan politik.
“Kalau kerajaan tak bertemu dengan kumpulan ini mungkin pihak lain akan menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan menggunakan isu ini.
“Daripada melihat orang-orang tertentu pergi ke jalan raya dan buat perkara tak berfaedah sehingga memburukkan imej negara maka eloklah duduk berbincang,” katanya.
Ditanya tentang respon Waythamoorthy, Ibrahim berkata ‘peluang keemasan’ ini perlu digunakan sepenuhnya oleh kumpulan terbabit sebelum meletakkan sebarang syarat atau tuntutan.
“Perkasa memberi sokongan dan tunggu apa hasilnya. Harap ianya membawa hasil walaupun kita tahu Hindraf adalah pertubuhan haram tapi mereka tetap rakyat Malaysia, jadi sudah tentu mereka boleh membantu masyarakat India,” katanya.
Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata Najib kini bersedia untuk bertemu dengan Hindraf bagi membincangkan masalah berkaitan masyarakat India.

Bagaimanapun masih belum ada tarikh yang ditetapkan antara kedua-dua pihak untuk perjumpaan tersebut.
No comments:
Post a Comment