Share |

Friday 7 September 2012

Presiden MIUP buat laporan polis kes pijak gambar Najib

Datuk S Nallakaruppan berkata, Perdana Menteri boleh bertukar ganti, kerajaan boleh bertukar tetapi bendera dan negara tidak boleh ditukar.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S Nallakaruppan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini terhadap kejadian memijak bendera Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sambutan ambang Merdeka, Khamis lalu.

Beliau membuat laporan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari tadi diiringi Nazmi Rosli dari NGO Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Perkasa dan Pertubuhan Kebajian dan Aman India Baru Malaysia.

Bercakap kepada wartawan, Nalla berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri tidak boleh diterima.

“Perdana Menteri boleh bertukar ganti, kerajaan boleh bertukar tetapi bendera dan negara tidak boleh ditukar.

“Ini negara majoriti Melayu, orang Cina dan India ada sikit saja. Kalau orang Melayu nak tukar, orang Cina dan India tak boleh buat apa.

“Tetapi ini negara Malaysia, kita kena pertahankan. Kita telah merdeka 55 tahun tidak ada perancangan hendak tukar bendera,” katanya.

Polis telah menahan beberapa individu termasuk seorang pelajar kolej swasta bagi membantu siasatan insiden memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang Merdeka.

No comments: