Share |

Thursday, 27 September 2012

Permintaan untuk Campur Tangan dalam menghalang Penceramah Zakir Naik dari memberi ceramah di Malaysia bemula 28hb Sept 2012

Persatuan RAPAT Malaysia
No. 260-2, 2nd Floor, Batu 2 ½, Jalan Ipoh, Sentul, 51200 Kuala Lumpur
Tel: +603-40411652 , Fax: +603-40411652

Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
E-Mail : ppm@pmo.gov.my 26 Sept 2012

Y.A.B,
PE : Permintaan untuk Campur Tangan dalam menghalang Penceramah Zakir Naik dari memberi ceramah di Malaysia bemula 28hb Sept 2012

Dengan segala hormatnya selebih dahulu kami mewakili masyarakat India melalui Persatuan RAPAT Malaysia bersama dengan lebih dari 50 buah NGO dari pelbagai kaum dengan ingin menarik perhatian pihak Y.A.B dan kerajaan khususnya dalam bercampur tangan dan menghalang Penceramah En Zakir Naik dari memberi sebarang ceramah di bumi aman Malaysia ini.

2. Untuk pengetahuan pihak YAB, Encik Zakir Naik ini merupakan seorang penceramah yang kontroversial dan banyak menghina ajaran agama lain seperti Kristian dan Hindu. Beliau pernah dihalang masuk ke Britian dan Canada kerana ceramah beliau yang berbau hasutan. Negara kita yang terdiri dari pelbagai kaum tidak memerlukan seorang yang tidak menghormati agama lain.

Rumah Gopinath diserang
3. Banyak laporan polis telah dibuat oleh individu dan organisasi sepanjang 2 hari ini dan dijangka lebih ramai yang akan berbuat demikian. Semalam sahaja lebih kurang 50 laporan dibuat di IPD Klang dan antaranya, report ialah KLANG030754-12 dan banyak lagi. Malangnya sehingga kini tiada sebarang kenyataan atau tindakan terhadap laporan-laporan polis kami. Berlainan pula dalam kes Sdr Gopinath Jayaratnam yang mana beliau telah diserang oleh sekumpulan pemuda petang semalam dan kini ditahan oleh PDRM dalam tempoh 24 jam laporan dibuat terhadapnya kerana disyaki menulis paparan di laman sosialnya yang menghina Nabi S.A.W.

4. Kami berharap pihak polis dan kerajaan akan bersikap adil serta saksama dalam tindakan untuk memastikan keamanan Negara terjalin. Saya juga sertakan beberapa links Youtube di mana ianya membuktikan penghinaannya terhadap agama lain terutama Hindu dan Kristain. Ianya terlalu sensitif di Malaysia dan pencegahan adalah mujarab dari pengubatan.


5. Sebagai anak Malaysia kami bersama-sama dengan rakan Islam baru-baru dalam menentang penerbitan filem “ Innonce of Islam” yang menghinakan dan mempesongkan kebenaran Islam. Akan tetapi berlainan pula layanan agensi kerajaan kepada seorang yang menghina umat lain. Beliau di alukan pula dengan permaidani !!. Saya juga sertakan sebahagian ucapan dan bukti penghinaan oleh Zakir Naik terhadap agama lain.
a. http://www.youtube.com/watch?v=m-0G-PQZLRw - menghina Lord Ganesha
b. "Indian preacher Zakir Naik is banned from UK". BBC News. 18 June 2010.
c. Carlson, Kathryn Blaze. "Controversial Muslim televangelist Zakir Naik banned from Toronto conference".

6. Kami berharap yang kerajaan dan pihak Y.A.B akan meneliti permintaan ini dengan kadar segera dan serius dengan pandangan yang segera dan membuat persiapan untuk membatalkan lawatan Zakir Husinke Malaysia. Kami mengucap terima kasih kepada pihak YAB dan kepimpinan kerajaan secara amnya dalam mendengar rintihan masyarakat India dan mengubahnya segera.

Sekian. Terima kasih.


KANNAN RAMASAMY
Pengerusi
Persatuan RAPAT Malaysia
( Tel 012 269 0024)

s.k Y.B Datuk Seri Muyiddin Yassin, TPM Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Y.B Dato G.Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MIC
Y.B. Koh Tsu Khoon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden Gerakan
Y.B Datuk Ir.Dr. Wee Ka Siong, MCA
Y.B Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
Jabatan Islam Negeri Johor




No comments: