Puvaneswary juga tidak puas hati terhadap seorang kakitangan dari Klinik Kesihatan Takau, Rantau.
SENAWANG: M Puvaneswary, 29, ibu kepada seorang anak lelaki berumur lapan tahun, M Sarvin dari Taman Anggerik, Rantau yang menghidapi penyakit Apendiks melahirkan rasa kesal terhadap layanan buruk pegawai perubatan dan jururawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Menceritakan kronologi insiden di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang, P Gunasekaran (DAP); Puvaneswary berkata pada 5 September, Sarvin mengadu sakit perut dan Puvaneswary beranggapan ianya sakit perut biasa.
Bagaimanapun pada 7 September, Sarvin mengalami sakit perut yang teruk dan turut muntah-muntah. Pada hari yang sama sekitar jam 9 pagi , Puvaneswary membawa Sarvin ke Klinik Kesihatan Takau di Rantau.
Pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Rantau memberikan preskripsi ubat gastrik.
Semakin teruk dan cirit birit
Sekembali ke rumah, tahap kesakitan Sarvin semakin teruk apabila terus muntah dan mengalami cirit-birit pula.
“Pada hari yang sama (7 September), kira-kira jam 8.30 malam saya dan suami membawa Sarvin ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan mendaftar di Unit Kecemasan.
“Pegawai Perubatan wanita yang bertugas menahan Sarvin kira-kira dua jam di wad kecemasan. Bagaimanapun selama tempoh itu Sarvin tidak diberikan apa-apa rawatan. Anak saya menggelupur kesakitan perut dan terus muntah-muntah.
“Doktor kata anak saya cuma alami sakit perut biasa. Saya meminta agar anak saya dimasukkan ke wad. Bagaimanapun doktor di wad kecemasan tetap dengan pendirian beliau bahawa anak saya cuma sakit perut biasa dan memberikan ubat,”, kata Puvaneswary.
Puvanewary kembali ke rumah bersama-sama Sarvin.
Pada 8 September, simptom yang ditunjukkan oleh Sarvin tetap sama iaitu masih mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Pada hari yang sama Puvaneswary dan suami membawa Sarvin ke sebuah klinik swasta untuk melakukan pemeriksaan untuk menjalankan imbasan.
Bagaimanapun doktor di klinik swasta itu memaklumkan kepada Puvaneswary dan suami bahawa alat pemerikasaan imbasan tersebut hanya boleh digunakan untuk bayi sahaja.
Sarvin muntah kehijauan dan kehitaman
Pada 9 September, memandangkan keadaan Sarvin semakin teruk, Puvaneswary dan suami sekali lagi membawa Sarvin ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
“Kami sampai di unit kecemasan kira-kira jam 8.30 malam. Kami menunggu lama. Ketika menunggu giliran, satu ketika Sarvin yang tidak tahan dengan sakit perut, menggelupur kesakitan di lantai. Selepas itu barulah Sarvin dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan dimasukkan air melalui urat di tangan beliau.
“Pada ketika itu pun sama ada doktor atau jururawat tidak memaklumkan kepada kami Sarvin mempunyai penyakit Apendiks. Sementara itu keadaan Sarvin semakin teruk apabila mula mengeluarkan muntah kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman. Seterusnya Sarvin dimasukkan ke dalam wad 8A.
“Pada 10 September, kira-kira 5.30 pagi, Sarvin mengadu sakit dada. Saya memaklumkan kepada jururawat dan beliau hanya memberikan ubat tahan sakit.
“Pada pukul 9 pagi, ketika melakukan pemeriksaan, salah seorang doktor memberitahu anak saya disyaki menghidapi penyakit Apendiks.Tidak lama selepas itu datang pula doktor pakar dan beliau marah jururawat bertugas kerana tidak berikan Sarvin dengan ubat ‘high dose’. Selepas itu jururawat mengambil sampel darah anak saya.
“Pada pukul 4.00 petang, Sarvin ditukarkan ke wad 5D dan doktor berkata beliau mengesyaki Sarvin mempunyai penyakit Apendiks. Pada pukul 6 petang, Sarvin mula menunjukkan tanda-tanda kesejukkan dan demam.
Sarvin dibedah dan sah Apendiks
“Seterusnya Sarvin dibawa masuk ke dewan pembedahan. Ketika berada di dalam dewan pembedahan pun saya dan suami saya tidak dimaklumkan bahawa Sarvin sah menghidapi penyakit Apendiks.
“Pada jam 11 malam, apabila Sarvin dibawa keluar dari dewan pembedahan, barulah kami dimaklumkan oleh doktor yang melakukan pembedahan bahawa Sarvin mengalami penyakit Apendiks.
“Malah kami juga dimaklumkan oleh seorang doktor yang menjalankan pembedahan bahawa Sarvin tidak perlu melalui proses pembedahan yang rumit jika beliau dirawat lebih awal. Di mana doktor tersebut memaklumkan kepada kami, Apendiks itu telah pecah di dalam abdomen Sarvin dan nanah telah merebak di dalam organ dalaman.
“Saya dan suami saya amat sedih dengan apa yang menimpa dengan Sarvin. Jika Pegawai Perubatan mengambil serius masalah penyakit ini sejak dari awal lagi, Sarvin tidak perlu melalui segala kesakitan dan komplikasi yang teruk seperti ini,” ujar Punaneswary dengan sebak.
Bapa kepada Sarvin iaitu N Mahendran, 30, berkata pada 11 September, beliau perasan doktor yang mula-mula merawat Sarvin pada 07 September di wad kecemasan, memasuki wad 5D.
“Saya segera mendapatkan doktor wanita itu dan menyatakan perasaan kesal saya pada doktor itu iaitu jika pada 7 September seandainya doktor tersebut benar-benar memeriksa anak saya dengan serius dan memberikan rawatan yang sebetul-betulnya, anak saya tidak perlu melalui saat-saat yang membahayakan diri sehingga Apendiks itu pecah di dalam organ badan.
“Doktor itu dengan selamba berkata “Ok loo…Sudah operate Ok lah”.
“Seterusnya pada hari yang sama jururawat meminta Sarvin turun dari katil dan berjalan sedangkan luka kesan pembedahan sepanjang tiga inci di perut belum sembuh atau tutup kulitnya,” kata Mahendran.
Pergi luar boleh cuci dengan air paip
Sementara itu Puvaneswary berkata pada 14 September Sarvin telah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Puvaneswary membawa Sarvin ke Wad 5D pada 16 September untuk membersihkan luka kesan pembedahan di perut.
“Bagaimanapun pihak hospital memberikan surat bahawa selepas ini saya tidak perlu membawa Sarvin ke hospital untuk membersihkan luka kesan pembedahan sebaliknya boleh melakukan rawatan pembersihan luka itu di klinik kesihatan berdekatan iaitu Klinik Kesihatan Takau.
“Pada 19 September saya membawa Sarvin ke Klinik Kesihatan Takau untuk rawatan pembersihan luka tersebut. Seorang kakitangan lelaki bernama Khalid di kaunter pertanyaan bertanya ‘apa mau’?.
“Saya memberitahu kakitangan tersebut bahawa saya membawa Sarvin untuk mencuci luka pembedahan.
“Kakitangan lelaki itu dengan nada marah menyuruh saya pergi luar dan dia boleh cuci dengan air paip. Saya juga memberikan senarai ubat kepada dia dan dia memberitahu ubat tersebut tidak ada di Klinik Kesihatan tersebut. Beliau menyuruh saya beli sendiri ubat itu di farmasi luar, dan bawa semula ubat itu ke Kinik Ksihatan dan mereka boleh mencucikan.
“Segala kesulitan kami tidak berakhir di sini sahaja. Pada 21 September (Jumaat), Sarvin mempunyai temujanji dengan doktor di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Yang saya pelik Sarvin tidak dibekalkan dengan apa-apa ubat. Malah permintaan kami untuk melanjutkan cuti sakit untuk Sarvin bermula 24 September juga tidak dihiraukan oleh doktor bertugas.
“Saya sangat sedih dan kesan dengan apa yang berlaku terhadap anak saya. Saya memohon Kementerian Kesihatan harus mengambil serius perkara ini dan siasat agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Bekerja untuk gaji dan bukan sebagai tanggungjawab
Sementara itu Gunasekaran berkata seandainya Sarvin dirawati dengan betul dan sempurna beliau tidak perlu melalui kesakitan dan trauma sebegitu rupa.
“Pegawai Perubatan ini mungkin tidak pakar dalam tugas mereka. Mungkin bekerja untuk gaji dan bukan sebagai tanggungjawab.
“Kementerian Kesihatan, Pengarah Kesihatan dan Menteri Kesihatan harus bertanggungjawab dalam kes ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Perubatan, jururawat dan kakitangan yang cuai dan tidak menjalankan tugas dengan sempurna.
“Ianya juga amat memalukan apabila insiden yang berlaku di Klinik Kesihatan Takau terletak di dalam DUN Rantau yang merupakan DUN Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Saya akan bawa isu ini ke parlimen melalui Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook (DAP) dan akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan,” ujar Gunasekaran.
Gunasekaran berkata hospital ialah tempat menyelamatkan nyawa dan seharusnya doktor, jururawat serta kakitangan yang berkhidmat haruslah mereka yang mempunyai pengalaman secukupnya dalam bidang perubatan dan serius dalam tugas seharian.

No comments:
Post a Comment