(Oleh Masdar Wahid-Harakah)
KUALA LUMPUR 10 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat bersamanya dan mahu Perdana Menteri (PM) itu menghentikan sabotaj terhadap program Pakatan Rakyat.
“Najib tak payah suruh orang baling batu, kamu sendiri naik atas pentas, debat dengan saya. Kuasa kamu pegang, TV kamu pegang, tiap-tiap hari tengok muka kamu sahaja. Balik-balik Datuk Najib, Rosmah. Rosmah, Datuk Najib.
“Kita orang Islam kalau tidak setuju dengan seseorang, kita bahas dengan baik. Qur’an jelaskan cara dakwah yang betul ialah kalau nak beradu (tenaga), beradu dengan baik dan bukan dengan cara biadab, cerca, maki dan hina orang,” katanya.
Beliau berucap pada ceramah Merdeka Rakyat sempena Rumah Terbuka Aidilfitri KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Malam, Taman Melati, semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu turut kesal tindakan Umno dan media kawalannya yang memanipulasi isu pijak gambar.
Tindakan itu katanya tidak adil kerana Najib juga membisu apabila penyokongnya menunjukkan punggung kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
“Tunjuk punggung ini bukan cara agama, bukan cara Melayu…Siapa yang buat, penyokong-penyokong Umno BN. Mengapa dia serang Ambiga, kerana yang tunjuk punggung ini sokong Najib.
“Ada Najib tegur, ada akhbar Umno tegur, ada polis ambil tindakan? Tiada…Adakah rakyat ada dua kelas apabila diperlakukan secara tidak adil,” soalnya.
Justeru, beliau menasihatkan Najib agar tidak sombong dengan kuasa yang ada kerana jawatan Perdana Menteri dan banduan boleh bertukar.
“Jangan guna kuasa cara takabbur. Siapa Tayeb Erdogan, dia kini PM Turki, di mana dia pada 2002 semasa pilihan raya Turki? Dia dalam penjara.
“Tiga tahun lalu, Dr (Mohamed) Morsi dalam penjara, dan Hosni Mubarak ialah Presiden Mesir. Kini, Dr Morsi ditakdirkan jadi Presiden Mesir, manakala Hosni Mubarak dipenjarakan selepas diguling rakyat yang muka dengan dasarnya yang zalim,” tegas Anwar.
Beliau turut memberi jaminan tidak memenjarakan Najib jika menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Saya tiada niat hantar pemimpin Umno dalam penjara dan kalau betul ada niat itu, tiada berkatnya kerana saya hanya berniat melantik Najib sebagai Ketua Pembangkang bagi Parlimen yang baru.
“Kalau dia tak mahu, saya boleh runding untuk lantik dia sebagai Duta Malaysia ke Mongolia,” katanya disambut gelak hadirin.
“Pasal apa gelak pula, rakyat Indonesia ramai tidak kenal Najib tahu. Kalau Pak Mahathir, Pak Anwar ya terkenal di Indonesia. Tapi kalau di Mongolia, semua orang kenal dia (Najib),” kata Anwar sinis.

No comments:
Post a Comment