Share |

Wednesday 25 July 2012

Pengundi Cina, India berpaling tadah

Mereka mendakwa kerajaan negeri hanya mahukan pengundi Melayu sahaja.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat khususnya PAS kini menghadapi masalah untuk mengekalkan sokongan pengundi kaum Cina dan India menjelang pilihan raya umum ke 13.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mendakwa pengundi bukan Melayu itu sudah mula menjauhkan diri dari PAS negeri itu.

“Mereka mendakwa kerajaan negeri Kedah lemah dan tidak berwawasan. Kerajaan negeri Kedah hanya mahukan pengundi Melayu sahaja.

“…tetapi Pakatan Rakyat tidak mahu pengundi bukan Melayu,” kata seorang pemimpin kelab penyokong itu yang tidak mahu dikenali.

`Tidak sedar’

Beliau menambah, pengundi bukan Melayu di Kedah telah membuat keputusan iaitu mereka akan mengundi Pakatan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan BN untuk kerusi DUN.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran mempertahankan kerajaan negeri Kedah jika pengundi bukan Melayu berpaling tadah.

Katanya, semakin ramai pengundi Cina khususnya melahirkan perasaan tidak senang dengan kerajaan PAS Kedah.

“Kerajaan negeri mungkin tidak sedar dengan perubahan sikap penyokong Cina dan India ini. Jika dibiarkan berterusan, jumlah penyokong mereka jauh lebih kecil berbanding pilihan raya 2008,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pemimpin itu menjelaskan, orang Cina dan India di tiga lagi negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor masih menyokong pakatan itu.

Katanya, begitu juga di Perak, pengundi bukan Melayu masih menyokong Pakatan Rakyat dengan majoriti orang Melayu akan mengundi PAS.

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/24/pengundi-cina-india-berpaling-tadah/#ixzz21ZCNP1u2

No comments: