Share |

Tuesday 5 June 2012

Hishammuddin: Pembangkang mungkin cetus huru hara

Tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru-harakan jalanan di atas nama hak.

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

“Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru-harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku,” katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun memberi jaminan kementeriannya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada demi menjaga keselamatan awam.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan
raya umum akan datang.

- Bernama

No comments: