APA pun PTPTN mestilah dimansuhkan dulu serentak dengan pengumuman pelajaran percuma hingga ke universiti.
Beban pertama yang perlu ditangani ialah membebaskan para pelajar dari hutang sejak hari pertama melangkah ke universiti atau kolej.
Dalam sistem sekarang baik kaya dan apa lagilah miskin sebaik melangkah ke menara gading disediakan dengan hutang yang berbunga. Sebaik bekerja dan sejak gaji bulan pertama terpaksa membayar hutang.
Ia mesti dibebaskan dulu.
Tidak berbangkit tiada yang sanggup ke universiti apabila PTPTN mansuh, kerana universiti disediakan secara percuma.
Apabila ia dikatakan percuma tentu semua perkara besar yang melibatkan kewangan akan dikendalikan oleh kerajaan yang mendapat RM80 bilion setahun dari hasil minyak dan gas.
Anwar Ibrahim yang pernah menjadi menteri pelajaran termasuk bertanggungjawab terhadap pelajaran tinggi pada masanya tahu keperluan setiap universiti dan kolej.
Belajar dari pengalaman PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1959, tiada lulusan STP boleh masuk universiti tanpa penaja sekali pun sijilnya cemerlang. Seluruh pelajar dari Kelantan termasuk yang dapat sijil tidak penuh ditaja oleh kerajaan Kelantan.
Antara mereka masuk kampus tak berduit. Berhempas pulaslah Prof. Diraja Ungku Aziz mengikhtiarkan keperluan mereka. Selama 19 tahun PAS memerintah hanya setahun saja pelajar Kelantan tidak jadi pelajar yang teramai dibandingkan dengan setiap negeri.
17 buah sekolah yang terbaik masa itu terhadap di tiga buah kota iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Tidak termasuk sekolah di Kelantan, tetapi siswa yang teramai bukan dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang bahkan dari Kelantan.
Perdana Menteri kata, jika PTPTN dimansuhkan kerajaan terpaksa tanggung RM43 bilion. Anwar yang pernah jadi menteri kewangan kata, RM43 bilion itu bukan peruntukan setahun. Yang disediakan oleh kerajaan sekarang tiga bilion saja setahun. Tetapi PR sedia belanjakan lima bilion setahun dari 80 bilion setahun dari hasil minyak untuk tampung keperluan ganti PTPTN itu.
Bukan Najib saja pernah jadi menteri kewangan dan menteri pelajaran. Anwar pun pernah jadi menteri pendidikan dan menteri kewangan.
Kata Khaled Nordin, menteri pengajian tinggi, tanpa PTPTN tutup semua universiti swasta (IPTS). Khaled Nordin tidak pernah jadi menteri kewangan dan tiada pengalaman jaga kementerian pelajaran. Anwar lebih banyak pengalaman dan dia adalah pengerusi jawatankuasa anti penyelewangan. Dia tahu ke mana tumpah kuah.
Tidaklah 100 bajet universiti swasta datang dari dana kerajaan, tetapi kekurangan peruntukan disebabkan oleh ketiadaan PTPTN tentulah dapat ditampung oleh kerajaan yang menyediakan peruntukan lima bilion tadi.
Pelajaran bagi Pakatan Rakyat adalah termasuk dalam negara berkebajikan. Ia bukan produk yang diswastakan seperti di bawah BN. Konsep swasta adalah mencari sebanyak-banyak untung. Banyak siswa, maka banyaklah pulangannya. Mutu pengajian jadi perkara kedua.
Tetapi di bawah pelajaran percuma, mutu pengajian diutamakan dan ia mesti memenuhi kehendak kebajikan. Sebagaimana graduan Kelantan dengan standard pengajiannya yang bermutu balik membangunkan Kelantan, maka nilai pelajar yang keluar dari semua universiti, tentulah dapat membangunkan negara, bangsa dan agama atau bermoral tinggi.
Kita jangan berbalah dulu tentang ganti PTPTN dan macam nak tangani kampus tanpa PTPTN. Mansuh dulu PTPTN dan laksanakan pelajaran percuma. Setelah itu kita fikirkan bagaimana anak orang kaya dan anak orang miskin.
Persoalan pertamanya jangan jadikan PTPTN sebagai ah long kepada pelajar.
Menuntut ilmu adalah ibadat. Bebaskan pelajar dari gejala riba membatalkan ibadat bahkan jadi maksiat pula. Bebaskan pelajar dari berhutang kerana hutang itu menyebabkan ibadat tidak sampai ke langit dan doa tidak makbul. Kejayaan dalam pelajaran bukan sekadar cerdik dan rajin studi, tetapi dibantu oleh doa. Kalau siswa berhutang doa untuk lulus cemerlang dan dapat kehidupan baik tidak tercapai kerana halangan hutang.
Jika universiti dan kolej jadi tempat ibadat dan doa dimakbulkan, maka melimpah ruahlah bantuan dari Allah. Ramailah orang kaya memberi zakat kepada kampus sebagai ganti kepada PTPTN. Apabila universiti makmur, maka bukan orang miskin saja dapat kebajikan dari pengajian percuma, anak orang kaya juga boleh dapat pelajaran percuma. Belanja dari orang kaya untuk pengajiannya adalah sedekah.
Islam agama diterima di sisi Allah. Malulah kepada Sweden, Norway dan Finland bukan Islam dapat memberi kebajikan kepada pengajiannya, negara Islam mencari keuntungan dari bidang pelajaran.

No comments:
Post a Comment