Ceramah ini bertujuan untuk meneruskan momentum perjuangan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
PETALING JAYA: Perhimpunan Bersih 3.0 yang berjaya menggembling lebih 100,000 rakyat dan ada pihak menganggarkan berjaya menarik lebih 200,000 penyertaan, di sekitar Dataran Merdeka semalam sudah pasti tidak berakhir di sini sahaja.
Untuk meneruskan momentum perjuangan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, pada jam 9.00 malam ini, ceramah perdana bertajuk ‘Selepas Bersih 3.0′ akan diadakan di padang bola Taman Dato’ Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tian Chua, Manikavasagam, Ketua PAS Bahagian Batu Cikgu Isyak Surin dan Fadiah Nadwa, seorang peguam yang juga aktivis sosial akan mengisi program pada majlis ini anjuran Pakatan Rakyat Bahagian Batu.
Semalam ketika ditemui FMT, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, sasaran untuk Bersih 3.0 tercapai dengan kehadiran rakyat turun bersama-sama menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Rakyat dah faham apa yang mereka buat dan tujuan mereka datang ke sini. Anak muda di kalangan bangsa Cina pun ramai yang turun,” kata Ketua Wanita PKR itu ketika ditemui di Jalan TAR.
Sekilas pandang, perhimpunan yang bermula dengan aman, temanya sahaja ‘Duduk Bantah’ membawa erti dan matlamat segalanya harus berjalan dengan baik dan aman tiba-tiba meletup dengan berlakunya kekecohan apabila pihak polis bertindak membuat provokasi.
Anggota polis dengan dibantu dengan trak FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan water cannon ke arah para peserta yang berhimpun secara aman bagi menyuraikan para demonstran pada sekitar jam 3.00 petang.
Tindakan polis ini yang dilakukan tanpa memberi amaran lebih awal telah mencetuskan beberapa insiden kecil melibatkan anggota- anggota polis dengan orang ramai hingga menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kecederaan, malahan ada yang cedera parah.
Di akhir ‘drama’ tersebut lebih 400 demonstran diangkut dengan menggunakan empat buah bas ke Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak untuk mendapatkan maklumat peribadi bagi mendakwa mereka di mahkamah kelak.
Pada persepsi rakyat dan peserta Bersih, perhimpunan kali ini dianggap sebagai satu kejayaan dan mencapai sasaran seperti mana yang diungkapkan oleh Zuraida, ahli parlimen Ampang itu.

No comments:
Post a Comment