Kenyataan Media
28 Mac 2012
Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.
Parti
Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan
mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan
dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan
bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian
tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang
dipukul beramai ramai oleh penyerang.
Bersama
kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang
mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam
kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang
mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.
Pada
hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno
dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut
melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah
mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh
gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini
dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.
Terdapat
banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You
Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan
menghina bersifat perkauman.
Telah
dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada
tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu
lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.
PKR
Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil
tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan
semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur.
Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno
tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat
dan merestui jenayah ini.
Rakyat
diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi
alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno
menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda
termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.
Sekian.
che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau
Parti Keadilan Rakyat Rembau
*
kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di
Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang
Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah
(Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR
Rembau)
antara
yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika berkumpul
sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP
Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut
bersiap sedia untuk menyerang
Kenderaan dari NS
Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan
wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?
Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai
Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis
Pemuda Umno Seremban
Pemuda Umno Seremban
Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam
Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat
No comments:
Post a Comment