(promosi asal yang terpaksa diubah tempat ke depan Petronas Pekan Rantau)
6
Febuari lepas telah dijadualkan satu ceramah di Pekan Kuala Sawah dalam
Dun Rantau dan Parlimen Rembau. Namun ketika persiapan tapak dilakukan
pada hari tersebut sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan
diketuai oleh Ketua Kampung Kuala Sawah telah hadir dengan bersenjata
parang. Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar
300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah ada anggota polis telah datang
dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (ketua kampung)
anggota polis terus beredar. Malah kemudian PKR telah membuat laporan
polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal
mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung lantikan Menteri Besar
NS.
Serangan
bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila
Ketua Kampung lantikan Umno ini mencarut dan memaki hamun
petugas-petugas berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi
darah'.
Pada
masa yang sama apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang
kampung yang menyokong PR dalam perjalanan untuk datang ke lokasi. Untuk
elak kejadian kami buat keputusan ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.
Di
lokasi hampir sama tetapi diubah sedikit di perkarangan rumah Sdr.
Selvam ahli Jawatankuasa PKR Rembau namun masih di Pekan Kuala Sawah.
Sejak semalam telah disebarkan sms dari Ketua Kampung memanggil orang
Umno berkumpul untuk 'menghancurkan' prog. pembangkang di kawasan
Menteri Besar (DUN Rantau). Malah sejak pagi tadi kami mula mendapat
panggilan dari pihak polis yang 'menasihati' agar program tersebut
dibatalkan kerana mahu elak kekecohan.
PKR
amat kecewa dengan sikap polis yang jelas lemah dalam menjamin
kententeraman dan akur dengan gangsterisma Umno. Demokrasi sudah tiada
tetapi negara sudah semakin menjadi hukum rimba.
Mengambil
sikap mengelakan kekecohan maka program diubah sedikit lokasi tetapi
masih diteruskan. Mohon semua untuk hadir sama membantu kami menggempur
kawasan yang konon kubu kuat Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua
diharap sebarkan makluman dan hadir beramai ramai.
CERAMAH UMUM
6 Mac 2012, 9mlm
hadapan Pejabat PKR Pekan Rantau
(depan Petronas Pekan Rantau)
bersama
- Sdr. Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)
- YB Taufek (P/jaya PAS NS)
- che'GuBard (Ketua Cabang PKR Rembau)
- Dr. Ahmad (Penyelaras SAMM)
Umno
sebenarnya makin lemah mereka panik apabila makin ramai rakyat
mengetahui maklumat sebenarnya oleh kerana makin sedar mereka makin
gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otat
pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba.
7 comments:
Polis ada tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan menentang gangsterism.
"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman"
What's is going on with these people?? Be grateful that you are not living in war country. Police need to be more strict in handling these kind of barbaric.
jgn biarkan kegiatan samseng berleluasa.
Pihak polis seharusnya menjamin keselamatan orang awam dan juga negara.
Polis tidak berpihak kepada penjenayah. Jika disabit bersalah sememangnya polis perlu bertindak.
PKR bukannya baik sangat pun yang WAJIB diterima baik oleh semua rakyat Malaysia.. akur saja la jika ada rakyat yang membantah ceramah mereka.. bila ada bantahan, mesti dia kaitkan dengan umno.. belajar la mengakui kelemahan..
mungkin rakyat juga sudah mula sedar bahawa dalam setiap ceramah pembangkang lebih kepada pembohongan, penipuan dan fitnah.. tidak wujud kesungguhan mereka dalam membantu rakyat melainkan kehulu kehilir menyebarkan agenda politik..
Post a Comment