By Aspan Alias -The Malaysian Insider
2 MAC — Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam Umno sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.
Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.
Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat Umno (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.
Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi “attribute” asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.
Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang “ultimate” kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?
Jika benar Umno dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat… dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.
Obsession Umno untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, Umno sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.
Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama Umno lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas itu? Jawabnya saya rasa, tidak ada lagi selain dari menerima kekalahan dan penolakan rakyat secara menyeluruh.
Kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda suatu ketika dahulu. — aspanaliasnet.blogspot.com
10 comments:
Mana-mana parti politik perlulah bersikap profesional. Ianya lebih menampakkan kematangan sesebuah parti politik itu daripada cepat melatah apabila 'diserang'.
bertandinglah dengan cara yang sihat bukan dengan taktik yang kotor.
Harap setiap parti akan bertanding dengan adil dan bersih dalam PRU seterusnya, gunakan cara yang betul untuk mendapatkan sokongan rakayt.
Sebuah parti yang berpengaruh dan berkemampuan pasti akan mendapat sokongan rakyat, lakukan yang terbaik dan rakyat pasti akan melihat.
dalam politik kenalah bersaing dgn profesional dan diplomatik.
Under democracy one party always devotes its chief energies to trying to prove that the other party is unfit to rule - and both commonly succeed, and are right.
~H.L. Mencken, 1956
betulkah umno mengupah pihak tertentu untuk mengganggu majlis2 yang dianjurkan pembangkang?? atau penduduk tempatan sendiri yang bangkit menentang mereka??
Politics is the gentle art of getting votes from the poor and campaign funds from the rich, by promising to protect each from the other.
~Oscar Ameringer
To karipap2.0
Lek a beb...Chil...
bagaimana pula dengan pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan yang tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan, menjatuhkan imej negara di mata dunia, mengancam keselamatan orang awam dan mengancam keselamatan harta benda awam?? itu lagi la samseng..
Post a Comment