Share |

Monday, 26 March 2012

MIC berjumpa pengundi bulan depan

"Kami akan memulakan langkah ini di Selangor, Perak dan Kedah. Tiga negeri ini amat penting bagi kami," kata G palanivel.
KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pemilih di seluruh negara mulai bulan depan, kata presidennya Datuk Seri G. Palanivel hari ini.
“Jentera kami sudah bersiap sedia untuk tujuan ini. Langkah pertamanya ialah mengadakan perjumpaan dengan pemilih daripada parti sendiri. Kami akan memulakan langkah ini di Selangor, Perak dan Kedah. Tiga negeri ini amat penting bagi kami,” katanya.
Beliau berkata jawatankuasa perhubungan MIC tiga negeri itu juga akan menemui pemilih.
“Ia akan menjadi suatu cara perhubungan, di samping untuk mendapatkan maklum balas tentang isu penting. Tiga negeri ini merupakan medan pertarungan penting bagi kami kerana kami mahu menarik balik undi kaum India.
“Ini soal menawan kembali hati dan minda pemilih. Setiap pekerja parti perlu menjadi soldadu parti dan masyarakat. Kami perlu bersedia untuk bertempur. Parti pula perlu berusaha sepenuhnya. Kami sedang menguji jentera kami,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, MIC bertanding bagi sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi negeri, tetapi hanya memenangi tiga kerusi parlimen – Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan tujuh kerusi negeri.
-Bernama

No comments: