Share |

Friday, 2 March 2012

Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.

“Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.

“JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima,” katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.

6 comments:

Anonymous said...

If Ibrahim Ali was allowed to contest, all non-Malay voters will turn away.

Anonymous said...

Hope that UMNO knew what's best for them, do not let Ibrahim Ali contest in the next GE.

gaman said...

saya 200% tidak bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa Ibrahim Ali winnable candidate.. mana2 parti pun beliau bertanding selepas ini, tetap akan kalah.

gaman said...

sepatutnya Ibrahim Ali berada dalam tahanan ISA, bukannya bebas berpolitik membawa isu perkauman..

Anonymous said...

tgklah adakah Ibrahim akan mendapat sokongan.

Anonymous said...

Ibrahim Ali?? Euuuww...how can a racist becomes a winnable candidate?? Think twice.